Monday, 7 January 2013
Sunday, 6 January 2013
Ashraf & Izham Omar dalam GLAM Lelaki & Maskulin Januari 2013
Majalah yang khusus buat kaum Adam di
Malaysia sangat terbatas, jadi seperti biasa saban bulan & tahun majalah
inilah yang menjadi pilihan hati admin DOMINASI LELAKI, tak lain tak bukan GLAM
LELAKI & MASKULIN.
Pada kali ini, GLAM LELAKI
mempertaruhkan ASHRAF SINCLAIR sebagai penghias muka depan majalah tersebut
dengan membicarakan prihal khabar setelah 4 tahun berada di Jakarta. Apakah yang
dikongsikan oleh pelakon kacak ini..? manakala bagi majalah MASKULIN pula
menampilkan ikon, AHMAD IZHAM OMAR sebagai penghias muka depan majalah
tersebut. Banyak cerita yang menarik & pelbagai isu & maklumat terdapat
dalam majalah-majalah ini. Jadi, jangan lupa dapatkan naskah anda di pasaran
sekarang..!
'DILEMA' Terukir Di Bintang pada AJL 27
Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27
semakin hangat membara & malam ini juga adalah malam penentuan lagu manakah
yang akan dijulang sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-27 ni. Sehangat membara
kehangatan Juara Lagu tersebut, cerita & berita yang ingin Dominasi Lelaki
sampaikan juga boleh diangkat antara berita yang tergempar yang kedengaran pada
masa kini. Bermulanya tatkala finalis AJL 27, Yuna yang tidak dapat membuat
persembahan pada pertandingan gilang gemilang tersebut akhirnya terjawab
apabila Aizat Amdan akan menggantikan tempatnya yang bakal mendendangkan TERUKIR
DI BINTANG pada pentas final malam ini. Akan tetapi tatkala berita Aizat yang
akan membawa lagu hit dari Yuna itu, sisi berita & cerita yang hangat
diperkatakan apabila seorang penyanyi lama & veteran, Uji Rashid adalah
antara nama yang disebut oleh Yuna & dipilih olehnya untuk membawakan lagu
tersebut di pentas final nanti. Adakah Aizat atau Uji Rashid akan membawakan
TERUKIR DI BINTANG..?? tatkala mendengar nama Uji Rashid yang akan membawakan
lagu tersebut, ada yang menyatakan kemampuan beliau membawa lagu tersebut,
tetapi kalau diamati kembali bagi pendapat Dominasi Lelaki sendiri, pemilihan
Uji Rashid oleh Yuna adalah pemilihan yang tepat ditambah pula melodi &
gaya klasik pada lagu ini sangat kuat. Jadi tidak hairanlah jika Yuna ingin
mendapatkan Uji Rashid sebagai pilihan hatinya membawa TERUKIR DI BINTANG pada
final malam ini.
Akan tetapi, berdasarkan berita yang
Dominasi Lelaki baca daripada portal MURAI.COM & akhbar baru-baru ini
menyatakan bahawa Aizat Amdan adalah individu yang bakal membawa lagu tersebut
pada malam ini. Berdasarkan artikel yang dibuat/dirujuk pada Murai.com, setelah
mendapatkan penjelasan daripada individu terdekat Uji Rashid, memang ianya
BENAR & semuanya diluar bidang kuasa mereka. Aizat Amdan diletakkan
sebagai penyampai lagu TERUKIR DI BINTANG.
Dominasi Lelaki bersimpati kepada Uji
Rashid kerana segalan persiapan seperti konsep, busana yang bakal digayakan
olehnya pada malam ini juga hampir siap & beliau adalah individu terakhir
yang diberitahu mengenai pertukaran ini. Beliau juga tidak mahu menunding jari
kepada sesiapa atas perkara yang telah terjadi. Berita pertukaran ini juga
telah menyentuh hati seorang pelawak terkenal Malaysia, Saiful Apek melalui
Facebooknya, Saiful Apek Official Fan Page.
DOMINASI LELAKI : Ada hikmah disebalik
kejadian yang berlaku ini, semoga Uji Rashid sentiasa tabah & kembali
sihat. Tahniah juga kepada Yuna apabila TERUKIR DI BINTANG antara finalis yang berentap malam ini.
Friday, 4 January 2013
INFO 3 - 7 UP
Tahukah anda bahawa TITIK MERAH pada
logo minuman 7UP merujuk pada mata merah pencipta minuman tersebut iaitu
CHARLES LEIPER GRIG iaitu seorang albino.
sumber : MASKULIN








.jpg)


