Sunday, 10 August 2014

[TERBARU] FAR AWAY GOLD dari AVON Tampak Lebih Mewah



AVON antara jenama yang sangat terkenal di dunia yang menampilkan pelbagai jenis barangan istimewa termasuklah haruman yang sering mendapat perhatian. Bermula edisi pertama FAR AWAY pada tahun 1994 dan diangkat #1 best-selling fragrance seluruh dunia untuk beberapa tahun kini FAR AWAY pada tahun 2014 tampil dengan haruman terbaru yang dilihat lebih serba mewah bagi meraikan ulangtahun ke-20.

FAR AWAY GOLD tampil 50ml EDP dengan perician hitam dan emas pada reka bentuk botol tersebut akan tetapi masih mengekalkan ciri FAR AWAY yang asal. Menurut FRAGRANTICA, FAR AWAY GOLD secara rasmi sudah dipasarkan di sekitar UK dan beberapa negara di Eropah dan bakal ke US sekitar hujung tahun ini.


Haruman ini tampak sweet and creamy touch dengan menggunakan Ylang-Ylang dari Pulau Comoros, Jasmine dari India dan Vanila dari Madagascar.
Sumber : Fragrantica.com

Maria Sharapova Tewaskan Muguruza dengan 3 Set di Montreal



Kejohanan Piala Rogers di Montreal telah bermula, pemain nombor 1 dunia, Serena Williams diletakkan sebagai pilihan utama. Perlawanan semalam menyaksikan pemain pilihan keempat, Maria Sharapova bergelut menundukkan pemain Sepanyol, Garbine Muguruza sebelum melangkah kepusingan ketiga dengan keputusan 4-6 6-3 6-1 dalam tempoh 2 jam 11 minit.

Ini adalah pertemuan ketiga mereka dan pertemuan terakhir pada tahun ini di Terbuka Perancis. Pada pusingan ketiga Khamis ini, pemain Rusia tinggi lampai ini akan bertemu dengan pemain Sepanyol dan pilihan ke-14 kejohanan, Carla Suarez Navarro bagi slot ke pusingan suku akhir kejohanan ini. Sharapova pernah bertemu dengan pemain Sepanyol ini sekali di kejohanan Indian Wells pada tahun lalu dan menang dengan 7-5 6-3 pada aksi pusingan ketiga. Pada aksi lain, pilihan utama, Serena Williams menang dengan bergaya bertemu Sam Stosur dan pemain Serbia, Jelena Jankovic juga bergelut sebelum menang 3 set bertemu pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens.

Sumber dan gambar : kredit dan olahan dari mariasharapova.com

Serena Terkandas, Federer Mara ke Final Rogers Cup 2014


KREDIT : ZIMBIO.COM

Nampaknya kemunculan pemain no.1 dunia pada Rogers Cup 2014 edisi kali ini sedikit hambar apabila beberapa nama ternama seperti Serena Williams, Maria Sharapova, Novak Djokovic, Andy Murray antara pemain tersingkir di peringkat awal dan tidak mara ke peringkat akhir. Pada pertembungan separuh akhir sebentar tadi menyaksikan bekas pemain no.1 dunia, Roger Federer berjaya melangkah ke pusingan akhir apabila menafikan cabaran pemain Sepanyol, Feliciano Lopez dengan straight set 6-3 6-4 dan bakal bertemu dengan Tsonga yang lebih awal menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov dengan keputusan 6-4 6-3.

Dalam aksi separuh akhir wanita menyaksikan kakak kepada pemain no.1 dunia, Venus Williams mengetepikan cabaran adiknya, Serena dan menang dengan aksi 3 set 6-7 6-2 6-3 dan bakal berdepan cabaran pemain pilihan ketiga, Agnieszka Radwanska dari Poland yang menunjukkan jalan pulang kepada lawannya dari Rusia, Ekaterina Makarova dengan keputusan 7-6 7-6.

Thursday, 7 August 2014

'TERBAIK BAGIMU' dalam FRAGMEN Menang Lagu Pilihan Pembaca



Undian secara rasmi telah ditutup pada beberapa hari yang lepas. Undian ini bukanlah penentu kepada hala tuju sebuah lagu, ianya adalah sekadar pilihan dari pembaca DL, pendengar dan peminat muzik penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza. Pada awal Julai yang lalu, pihak DL ada menjalankan bancian dan undian prihal lagu manakah dalam album terbaru Siti Nurhaliza – FRAGMEN yang menjadi pilihan pendengar dan keputusannya sudah diketahui ;

Keputusan rasmi LAGU PILIHAN DALAM FRAGMEN
TERBAIK BAGIMU (80%)
MEMBUNUH BENCI (70%)
JAGA DIA UNTUKKU (70%)
SANUBARI (50%)
MULA & AKHIR (50%)
LEBIH INDAH (40%)
KAU SANGAT BERERTI (40%)
WARNA DUNIA (30%)
AKU (20%)
Tahniah TERBAIK BAGIMU (ciptaan Ade Govinda)

Bagi pendapat DL sendiri, setiap lagu dalam album ini punyai kekuatan yang tersendiri bermula dari intro, AKU sehinggalah penutup sebuah album studio ini yang tampak sweet, menerusi LEBIH INDAH. Setiap karya digarap dengan sempurna dan mudah ditangkap walaupun pertama kali kita dengar. Jadi, kepada yang belum lagi mendapatkan lagi album yang sudah melebihi 5000 unit jualannya ini, ayuh dapatkannya di pasaran dengan harga RM36.90.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...