Saturday, 23 June 2012

Manfaat DAY NAPPING


Anda selalu mengamalkan tidur waktu tengahari..? apakah kesannya..? baik atau sebaliknya...? ramai yang berpendapat tidur pada waktu tengahari kurang memberi apa2 kebaikan kepada kita, akan tetapi TAHUKAH ANDA bahawa tidur sebentar pada waktu tersebut ( tengahari ) dalam 15-30 minit adalah boleh mengembalikan tenaga & kecerdasan kepada kita pada waktu petang..!


Mesti selepas sahaja terbangun dari tidur pada tengahari atau day napping anda akan mengalami sakit kepala & pening, akan tetapi selepas 10 minit kemudian, satu perubahan yang agak ketara akan berlaku apabila emosi, kecerdasan & fokus anda akan bertambah baik. Hal ini juga berkaitan dengan rembesan hormon dalam tubuh manusia.
Infonya, pada waktu tengahari hormon kortisol menurun pada tahap rendah & mengakibatkan badan kita akan berasa lemah & tidak bermaya. Jadi, cara mengatasinya kita memerlukan tidur yang sekejap supaya badan kembali segar & dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Kelebihan & manfaat lain :
ü  Mengurangkan tekanan di tempat kerja & belajar.
ü  Meningkatkan kecekapan & produktiviti.
ü  Meningkatkan daya ingatan.
ü  Baik untuk jantung & kesihatan.

Sumber : olahan dari Info Sihat Maskulin April 2012

Friday, 22 June 2012

"YOU CAME TO ME" Buah Tangan Sami Yusuf & Siti Nurhaliza


YOU CAME TO ME”. Inilah tajuk lagu & video yang dilancarkan oleh penyanyi Sami Yusuf bersama DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Pada asalnya, lagu ini adalah lagu asal Sami Yusuf sendiri, tapi bagi versi ini, Dato’ Siti dipanggil menjadi pasangan duet baru menerusi lagu ini. Lagu ketuhanan ini juga akan dialunkan oleh mereka berdua pada konsert Sami Yusuf yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Julai 2012 ini.


Kolaborasi antara penyanyi ini menampilkan 3 bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Arab. Pada pendapat DL sendiri, pada mulanya lagu ini agak sukar nak ‘melekat’ kepada pendengar, tapi sebenarnya lagu seperti ini perlukan masa juga untuk kita fahami & menghayatinya akan tetapi mesej yang mendalam sangatlah bagus...!


Mengenai vokal mereka, gabungan yang menarik, ditambah lagi dengan lunakan suara Dato’ Siti & Sami Yusuf cuma seperti DL kata sebelum ini tadi, lagu ini perlukan masa untuk kita faham, perlu selalu didengar barulah 'tangkap' dan akan menjadi pilihan kita. Cuma ada kalanya, part Dato’ Siti itu kurang kedengaran apabila dialunkan bersama Sami Yusuf.

KLIK DISINI untuk mendengar lagu YOU CAME TO ME

DOMINASI LELAKI : cubaan yang BAGUS & TERBAIK dari Sami Yusuf & Dato’ Siti Nurhaliza sendiri, semoga lagu2 seperti ini dapat lagi dihasilkan pada masa akan datang..!

Wednesday, 20 June 2012

JEJAKA-JEJAKA HOT dalam GLAM Lelaki & MASKULIN Julai 2012..!!


Bulan Julai bakal menjelma manakala bulan Jun bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bagi peminat & pembaca majalah lelaki di Malaysia, GLAM Lelaki & Maskulin sudah tentu tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan naskah bagi bulan Julai 2012 ini. Pada kali ini, DOMINASI LELAKI update 2 cover sekali ( Maskulin & GLAM Lelaki ) dalam satu entry..!


Bagi pembaca GLAM Lelaki, seorang aktor yang  sedang hangat di pasaran, Nazim Othman menjadi penghias muka depan majalah tersebut & berbicara tentang  WANITA, MASA & KEHIDUPAN. Bagi pembaca setia MASKULIN pula, jangan lepaskan naskah anda iaitu pada kali ini, MASKULIN memaparkan 3 personaliti & bintang iaitu Aeril, Miller & Shah sebagai penghias muka depan MASKULIN dengan entrynya TRANSFORMASI DUNIA SENI & HIDUP.


Mahukan maklumat & berita dengan lebih lanjut..? segera dapatkan dipasaran..! ianya bukan sahaja sebagai rujukan dalam bidang fesyen, malah bahan bacaan ini juga mengandungi pelbagai input yang berguna kepada anda..! selamat membaca DL ucapkan...!

DOMINASI LELAKI : DL pun masih menunggu MASKULIN & GLAM Lelaki..! tidak sabar untuk memilikinya....! DL antara pembaca setia GLAM Lelaki & MASKULIN...

Tuesday, 19 June 2012

Ribuan Itik 'MENDOMINASI' Jalan..!


Berita pagi ini dipetik dari akhbar KOSMO 19 Jun 2012 yang memaparkan berita mengenai ribuan itik di Taizhou, China berjalan di sebatang jalan raya di Taizhou semalam. Secara tidak langsung, pergerakan lalu lintas di jalan tersebut menjadi sangat sesak & terhenti.


Haiwan tersebut berjalan secara berkumpulan & menyebabkan semua motosikal & kereta terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada itik tersebut yang menuju ke kolam.

Petani & beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5 ribu itik dengan menggunakan sebatang kayu. ~ Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...