Saturday 11 February 2012

Ana Raffali Tampak Manis dengan Imej Bertudung

Manisnya gadis ini bertudung..!! mungkin itulah bait2 kata yang boleh diterjemahkan kepada insan yang bernama Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27 atau mudah di sapa Ana Raffali tatkala memandang imej terbaru yang dibawa oleh si platun lagu Kalau Berpacaran ini. Ana tampak manis & cantik sekali. Ana juga menyatakan bahawa penghijrahan yang dilakukan ini adalah doa individu sekeliling yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan yang tidak terhingga selama ini.


Sebelum ini juga, penyanyi ini juga telah membuat pengunguman mengenai majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka yang berasal dari Selangor, iaitu Ahmad Aznaim Abdullah @ Naim. Khabarnya buah hatinya ini ialah seorang jurufoto bebas.

Sebagai hadiah daripada hati Ana, beliau juga telah menghasilkan sebuah karya untuk didedikasikan kepada cinta sejatinya iaitu Naim yang diberi tajuk Sampai Bila. Petikan yang diolah dari KOSMO menyatakan, hampir 2 tahun lagu ini disimpan & yang menariknya jalan cerita dalam lagu tersebut menceritakan mengenai empunya diri ( Ana ) & Naim


DL : semoga kehidupan yang baru yang dibina oleh Ana & Naim akan dirahmati-Nya & langkah yang diambil oleh Ana utk ‘berhijrah’ itu adalah baik & semoga Ana dapat mengekalkannya ok, TAHNIAH DL ucapkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...