Monday, 13 February 2012

Sangkakan MANI, tapi DARAH..

Hari ini, DL mencuba sesuatu yang baru dengan mengetengahkan persoalan yang telah dibincangkan dalam sebuah akhbar iaitu METRO, yang dijawab oleh Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby.

Situasi :
Seorang bujang, yang sebelum ini selalu melakukan onani tetapi sudah sebulan berhenti. Akan tetapi, apabila terangsang, beliau seakan2 merasa sesuatu yang terkeluar daripada alat sulitnya.  Pada mulanya beliau sangkakan ianya adalah air mani yang keluar daripada alat sulitnya, tetapi darah yang terkeluar..! darah yang terkeluar itu tidak menunjukkan rasa sakit tapi terangsang seolah2 ketika melakukan hubungan seks.


Jawapan :
Terpancut air mani dan mendapati ada campuran darah dalam air mani.
Darah dalam air mani dikenali sebagai hematospermia. Jika ia terkeluar daripada tempat luka dalam salur kencing anda, sudah tentu darah juga akan keluar ketika membuang air kecil dan salur kencing anda akan terasa sakit. 

Jika darah tidak keluar ketika anda kencing, maka darah yang keluar itu sudah tentunya datang daripada pundi prostat atau daripada pundi seminal atau daripada salur sistem ejakulasi. 

Ini boleh berlaku jika bahagian itu mengalami keradangan dan ejakulasi itu mungkin membuatkan saluran darah kecil tercedera dan mengeluarkan darah dalam kandungan air mani. 

Kemungkinan ini berlaku kepada anda memang tinggi memandangkan anda dalam keadaan yang amat teruja dan mencetuskan ejakulasi secara kuat. 

Memandangkan kerap melakukan onani, sudah pasti akan cuba mengawal ejakulasi, bagaimanapun ia gagal dan ejakulasi keluar secara kuat. 

Apabila bengkak dan pendarahan itu lega, darah tidak akan kelihatan. Tetapi, masalah keradangan bahagian itu perlu mendapat rawatan sewajarnya. 

Biasanya, jika anda biarkan saja tanpa berbuat apa- apa, keadaan ini akan turut menjadi lega tetapi perkara ini boleh berlaku kembali pada kemudian hari. 

Jika itu berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan jika terdapat jangkitan, doktor akan beri rawatan sewajarnya.

Apa itu Hematospermia ..?? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...