Monday 9 April 2012

GELOMBANG DATO' SITI, JUARA diantara JUARA..!!


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang selamat melabuhkan tirainya malam tadi dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, kepada yang tidak berjaya tahun ini, tidak mengapa, anda juga telah berjaya tatkala tercalon dalam kalangan 5 yang terbaik itu. Bukan sahaja kejutan setiap persembahan yang diatur dengan begitu rapi, akan tetapi pada tahun ini juga iaitu yang ke-25 tahun, ABPBH 2011 juga tercetusnya kejutan apabila ada antara trofi2 yang telah bertukar tangan.


Sempena menyambut ulangtahun ABPBH yang ke-25, ABPBH juga telah mengadakan 1 anugerah khas iaitu Anugerah Seri Perak yang telah digondol oleh penyanyi popular negara kita, Dato’ Siti Nurhaliza. Walaupun cabaran & calon2 yang bertanding pada Anugerah Seri Perak semuanya hebat belaka, tapi AURA & personaliti insan bernama Siti Nurhaliza Tarudin tidak boleh disangkal lagi. Namanya juga dianggap antara nama yang boleh membawa pulang Anugerah Seri Perak dengan mudah.

Bukan sahaja beliau memenangi Anugerah Seri Perak, beliau juga telah menyerikan majlis pada malam tersebut dengan menyanyikan lagu Falling In Love & Queen of the Night yang telah memukau penonton yang melihatnya. Pada malam tersebut Dato’ Siti mengenakan 2 persalinan iaitu rekaan Rizman Ruzaini ( di Red Carpet ) & Hazwani Osman ( ketika persembahan ). Jom kita layan senarai penuh pemenang malam tadi.

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 

Anugerah Khas:

Anugerah Seri Perak – Dato' Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid


Jom kita layan sedikit sebanyak gambar Dato’ Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid. Kredit gambar dari www.budiey.com TERIMA KASIH abg budiey





(kredit gambar ini dari RadioCTFM)
Dominasi Lelaki : Tahniah diucapkan kepada para pemenang & tahniah juga kepada Dato' SIti Nurhaliza. Anda memang HEBAT..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...