Saturday, 23 June 2012

Manfaat DAY NAPPING


Anda selalu mengamalkan tidur waktu tengahari..? apakah kesannya..? baik atau sebaliknya...? ramai yang berpendapat tidur pada waktu tengahari kurang memberi apa2 kebaikan kepada kita, akan tetapi TAHUKAH ANDA bahawa tidur sebentar pada waktu tersebut ( tengahari ) dalam 15-30 minit adalah boleh mengembalikan tenaga & kecerdasan kepada kita pada waktu petang..!


Mesti selepas sahaja terbangun dari tidur pada tengahari atau day napping anda akan mengalami sakit kepala & pening, akan tetapi selepas 10 minit kemudian, satu perubahan yang agak ketara akan berlaku apabila emosi, kecerdasan & fokus anda akan bertambah baik. Hal ini juga berkaitan dengan rembesan hormon dalam tubuh manusia.
Infonya, pada waktu tengahari hormon kortisol menurun pada tahap rendah & mengakibatkan badan kita akan berasa lemah & tidak bermaya. Jadi, cara mengatasinya kita memerlukan tidur yang sekejap supaya badan kembali segar & dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Kelebihan & manfaat lain :
ü  Mengurangkan tekanan di tempat kerja & belajar.
ü  Meningkatkan kecekapan & produktiviti.
ü  Meningkatkan daya ingatan.
ü  Baik untuk jantung & kesihatan.

Sumber : olahan dari Info Sihat Maskulin April 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...