Thursday 7 June 2012

MARIA ke Separuh Akhir Terbuka Perancis 2012


Maria Sharapova menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali ketiga, semalam apabila menewaskan pemain Estonia, Kaia Kanepi 6-2, 6-3 untuk selangkah lagi menghampiri impian memenangi semua empat gelaran Grand Slam dalam kariernya.


Pemain nombor dua dunia dari Russia itu yang turut layak ke separuh akhir pada 2007 dan 2011, akan bertembung juara Wimbledon, Petra Kvitova yang mengalahkan Yaroslava Shvedova dari Kazakhstan 3-6, 6-2, 6-4 untuk mengintai tempat ke final Sabtu ini.

“Saya gembira sekali lagi mara ke separuh akhir. Saya suka kembali ke sini mencabar diri sendiri supaya melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini,” kata Maria, yang boleh merampas semula status sebagai pemain nombor satu dunia jika dia berjaya ke final.

“Saya memenangi dua kejohanan menjelang kejohanan di Paris iaitu di Stuttgart dan Rome dan ia memberikan saya keyakinan. Tapi, setiap kejohanan berbeza. Saya gembira untuk meningkat dan saya tahu ia pasti sukar selepas ini.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...