Sunday, 3 June 2012

MARIA Mara ke Pusingan Ke-4 di Paris


Dengan hanya mengambil masa selama 66 minit sahaja, bintang tenis handalan dunia, Maria Sharapova mara mudah ke pusingan keempat Terbuka Perancis apabila Maria mudah membelasah pilihan ke-28, Peng Shuai dari China dengan keputusan 6-2 6-1.


Pada servis yang pertama dengan 61% & membawa kepada kenaikan peratusan kepada 85%, Maria melakukan 4 servis ace, 27 kemenangan & 7 kesilapan yang tidak disengajakan.
Pada set pertama, Maria mendominasi perlawanan dengan 3-0 sebelom Peng Shuai memenangi 2 perlawanan seterusnya. Maria sekali lagi membawa rentak kemenangan pada set pertama dengan menang 4 game seterusnya kepada 6-2 yang mengambil masa 32 minit sahaja.


Pada set ke-2, dengan mengambil masa 34 minit, Maria hanya kalah 1 game kepada Peng Shuai. Semangat yang ditunjukkan oleh bintang handalan ini sangat hebat & peluangnya untuk membawa pulang mahkota kejuaraan Terbuka Perancis yang pertama kian menyinar.

Pada pusingan keempat yang akan berlangsung pada hari Isnin ini menyaksikan pertembungan Maria Sharapova dengan bintang dari Republic Czech, Klara Zakopalova. Pertemuan antara mereka 2-1 & Maria mengetuai pertemuan sebelum ini. Perlawanan terakhir antara Maria-Klara adalah di WTA Madrid 2012 pada pusingan kedua apabila Maria menang 6-4 6-3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...