Friday 22 June 2012

"YOU CAME TO ME" Buah Tangan Sami Yusuf & Siti Nurhaliza


YOU CAME TO ME”. Inilah tajuk lagu & video yang dilancarkan oleh penyanyi Sami Yusuf bersama DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Pada asalnya, lagu ini adalah lagu asal Sami Yusuf sendiri, tapi bagi versi ini, Dato’ Siti dipanggil menjadi pasangan duet baru menerusi lagu ini. Lagu ketuhanan ini juga akan dialunkan oleh mereka berdua pada konsert Sami Yusuf yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Julai 2012 ini.


Kolaborasi antara penyanyi ini menampilkan 3 bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Arab. Pada pendapat DL sendiri, pada mulanya lagu ini agak sukar nak ‘melekat’ kepada pendengar, tapi sebenarnya lagu seperti ini perlukan masa juga untuk kita fahami & menghayatinya akan tetapi mesej yang mendalam sangatlah bagus...!


Mengenai vokal mereka, gabungan yang menarik, ditambah lagi dengan lunakan suara Dato’ Siti & Sami Yusuf cuma seperti DL kata sebelum ini tadi, lagu ini perlukan masa untuk kita faham, perlu selalu didengar barulah 'tangkap' dan akan menjadi pilihan kita. Cuma ada kalanya, part Dato’ Siti itu kurang kedengaran apabila dialunkan bersama Sami Yusuf.

KLIK DISINI untuk mendengar lagu YOU CAME TO ME

DOMINASI LELAKI : cubaan yang BAGUS & TERBAIK dari Sami Yusuf & Dato’ Siti Nurhaliza sendiri, semoga lagu2 seperti ini dapat lagi dihasilkan pada masa akan datang..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...