PEKAN: Video majlis perkahwinan
pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga
menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin
lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.
Man berharap, majlis perkahwinan
anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan
sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.
Hampir semua ahli keluarga, baik sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia yang muda iaitu 14 hingga 19 tahun
"Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah", katanya ketika dihubungi.
Man agak keberatan untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan itu & enggan membenarkan Harian Metro berjumpa & menemu bual anak & menantunya.
DOMINASI LELAKI : artikel dari Harian Metro hari ini, untuk maklumat dengan lebih lanjut, dapatkan Harian Metro hari ini. Kita doakan yang terbaik untuk mereka, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Syafiq & Yana. Semoga mahligai cinta dibina kekal hingga ke akhir hayat.
mesti keluarga diorang ni 'keluarga cinta sejati' hehe, cayalah ^^y
ReplyDelete