Wednesday 25 July 2012

Kutipan The Dark Knight Rises Paling Tinggi


LOS ANGELES: Filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises, mengumpul AS$160.9 juta (RM511.3 juta) Ahad lalu menjadikan ia kutipan pembukaan tayangan filem 2D paling tinggi setakat ini.


Bagaimanapun, kutipan itu sedikit kurang berbanding jangkaan awal ekoran insiden serangan di pawagam di Colorado ketika filem berkenaan mula ditayangkan.


Warner Bros berkata, jumlah kutipan filem Christopher Nolan, itu ialah AS$160,887,295 ( RM511,301,432 ) mengatasi filem sebelumnya, The Dark Knight


The dark Knight adalah filem ketiga mencatat penjualan tiket pada tayangan pembukaan selepas The Avangers AS$207.4 juta & Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, AS$169.2 juta
Sumber : Harian Metro 25/07/2012




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...