Saturday 14 July 2012

Selamat Pengantin Baru Ikon Gadis Melayu Musim Kedua


SELAMAT PENGANTIN BARU..! tahniah DOMINASI LELAKI ucapkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52 apabila beliau bergelar suami kepada Juara Gadis Melayu Musim Kedua, Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23 atau manis disapa Fiqa.


Fiqa menerima sembilan hantaran dan dibalas dengan 11 hantaran oleh pihak lelak. Fiqa yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi kelihatan lega apabila majlis ini berjalan dengan lancar. Mereka menyulam cinta selama setahun setelah diperkenalkan oleh kenalan sebelum mereka berhubung melalui telefon. Mereka selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Taman Seri Semarak semalam.

Kredit gambar ini daripada Zulkifli Idris Photography & terima kasih kepada BeautifulNara.

DOMINASI LELAKI : tahniah sekali lagi DL ucapkan, semoga mahligai cinta yang dibina ini akan berkekalan sehingga akhir hayat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...