KREDIT : ADIB SC |
Jejaka tinggi lampai, berpersonaliti menarik dan sentiasa menguntumkan senyuman
ini, Eizaaz Farez Zakaria – Juara bagi Mister Planet Malaysia 2014 ini akan
mewakili Malaysia dan menggalas nama negara ke peringkat antarabangsa pada
Oktober ini di pentas Mister Planet 2014 di Filipina. Sudah tentu persediaan
yang rapi sudah dirangka oleh jejaka yang mempunyai ketinggian 183cm ini.
Ketika ditemui baru-baru ini, pihak DL
sempat menemubual beliau yang kini khabarnya sudah dilamar oleh satu jenama
penjagaan kulit iaitu EADA Dermasthetics bagi rangkaian LELAKI disamping model,
tempat ketiga Dewi Remaja 2010 serta Top5 Miss Universe Malaysia 2014,
Shangkharee Nadarajan. Eizaaz, seorang yang amat mementingkan penjagaan kulit
yang terbaik ini amat gembira dengan tawaran yang diberikan kepada beliau dan menganggap
ianya batu loncatan untuk lebih menyerlah.
EADA Dermasthetics ini diasaskan oleh
wanita jelita, Aida Putri dimana HQ
berpengkalan di Semenyih, Selangor. Selain Malaysia yang mempunyai cawangan
bagi produk ini, EADA juga memiliki rangkaian beberapa negara dunia seperti
Indonesia, Myanmar, Arab Saudi dan UK.
Bagi anda yang belum mengetahui dengan
lebih lanjut, EADA Dermasthetics ini diformulasikan di Amerika Syarikat oleh
sekumpulan US Dermatologists dimana ia adalah satu produk yang dapat merawat
bagi individu yang mempunyai masalah seperti kulit kering, pigmentasi,
berminyak, parut dan kulit sensitif. Produk ini juga hadir bagi kumpulan lelaki
dan wanita dimana ianya selamat digunakan dan diakui oleh pakar US Dermatologists. Bahan utama yang terkandung dalam rangkaian
ini adalah Vitain C, E, Aloe Vera,
Licorice, Carnitine, Kojic Extract dan Purified
Water dimana dapat membantu membaiki tektur kulit, merawat supaya kelihatan
lebih segar dan muda. Kesemua produk
bagi EADA Dermasthetics diuji dan berasakan tumbuhan.
Antara rangkaian produk dari EADA
Dermasthetics ;
Rejuvenating Bar
Cleanser
Toner
Advanced Treatment Lotion
Advanced Acne Treatment Lotion
Acne Cream
Pimples Protector
Skin Serum
Pure Sunscreen
UV Foundation
Beauty Lotion Sunscreen
DOMINASI LELAKI : Tahniah diucapkan
kepada Eizaaz, semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dan akan berjaya lagi pada
masa akan datang. Tahniah dari kami di DL.
No comments:
Post a Comment