Anugerah Bintang Popular Berita Harian
2013 bakal tiba pada 6 April ini, kini top5 finalis sudah dikeluarkan untuk
gempur undian. Kelihatan wajah lama dan banyak juga muka baru muncul
memeriahkan lagi industri di Malaysia. Seperti dahulu lagi, antara kategori
panas bagi kategori utama ABPBH adalah Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi
Lelaki Popular. Jika sebelum ini kategori ini dilihat penguasaan tembok besar
oleh Dato’ Siti Nurhaliza, akan tetapi kini selepas beliau mengumumkan
penarikan diri daripada ABPBH secara rasmi, dapat dilihat kategori tersebut
seakan ‘terbuka’ kepada mana-mana artis wanita yang hebat bersaing.
Dalam perkembangan lain juga, pada
tahun ini dapat dilihat munculnya 7 kategori online ABPBH 2013 yang dilihat
bakal mencuri tumpuan juga pada malam penuh gemilang nanti. Pada pandangan DL
sendiri, antara kategori ‘panas’ pada kali ini adalah ARTIS LELAKI STYLO, ARTIS
BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL dan CHEF SELEBRITI yang dilihat mempunyai kelompok
kuat calon dalam kategori tersebut.
ARTIS LELAKI STYLO:
Adi Putra
Awal Ashaari
Karl Shafek
Nazim Othman
Shaheizy Sam
ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL:
Nora Danish
Dato’ Siti Nurhaliza
Shila Amzah
Yana Samsudin
Zizan Razak
CHEF SELEBRITI PALING POPULAR:
Chef Amran
Chef Anis Nabilah
Chef Nik Michael Imran
Chef Sherson Lian
Chef Wan
Bagi 2 kategori ini, DL gambarkan satu
persaingan yang sangat kuat dan sukar membuat keputusan, semuanya boleh berlaku
serta kejutan besar mungkin akan berlaku. Dapat dilihat kategori CHEF SELEBRITI
POPULAR memperlihat wajah baru dan wajah yang senior iaitu Chef Wan dan ramai
sedia maklum profile yang dimiliki oleh beliau.
No comments:
Post a Comment