|
kredit : WEBSITE JELITA |
Nama figura negara, Siti Nurhaliza
sebagai penghibur serta perhatian lensa kamera tidak perna goyah meskipun sudah
melepasi 15 tahun dalam industri tanah air. Beliau bukan sahaja masih diterima
dan masih utuh sebagai penyanyi NO.1 negara, bahkan beliau semakin aktif dan
mendapat perhatian kini.
|
kredit : page URTV |
|
kredit : page JELITA |
Seperti tahun-tahun yang lalu,
wajahnya acap kali tampil di muka depan beberapa majalah terkemuka Malaysia,
bahka tahun 2014 tidak terkecuali buat dirinya apabila beliau menjadi pilihan
beberapa majalah untuk tampil penuh bergaya bagi edisi khas menjelang Ramadan
dan Syawal 2014. Terbaru, selain tampil mengenakan busana rona merah jambu pada
keluaran URTV terbaru, penyanyi yang baru sahaja tampil dengan album POP
terbaru berjudul FRAGMEN ini juga muncul dalam keluaran edisi khas yang pertama
dalam penerbitan Mingguan Wanita iaitu satu set khas yang dikeluarkan oleh
jenama majalah tersebut bagi edisi Aidilfitri yang sangat istimewa. Selain itu
juga, beliau turut tampil pada halaman muka depan bagi majalah JELITA bagi
edisi Julai dan Aidilfitri ini.
|
kredit : page MW |
Hal ini sekaligus menamakan Siti masih
utuh dan menjadi pilihan tatkala musim-musim tumpuan dan sukar digugat. Bagi
edisi khas Mingguan Wanita tersebut, kepada yang berminat boleh dapatkannya
dipasaran dengan harga RM25.90, satu box istimewa dengan pelbagai hadiah
istimewa termasuk produk daripada Ariani.
Dalam perkembangan lain, Siti yang
baru mengeluarkan produk terbaru, sebuah album yang berjudul FRAGMEN dilihat
mendapat feedback yang sangat bagus daripada peminat dan pemerhati dunia muzik.
Album yang mengandungi 9 buah lagu ini adalah album studio ke-16 beliau dan
mastering diadakan di New York. Antara lagu yang terkandung dalam album ini
seperti Jaga Dia Untukku, Lebih Indah, Membunuh Benci, AKU dan banyak lagi. Ini
adalah kerjasama bersama antara syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions dan
Universal Music. Album tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga
RM36.90.
|
kredit : WEBSITE JELITA |
No comments:
Post a Comment