KREDIT : PAGE WIMBLEDON |
Kejohanan tenis Wimbledon 2014 kini
sudah sampai ke kemuncak apabila semalam menyaksikan perlawanan separuh akhir
perseorang lelaki diantara 4 pemain terbaik, Novak Djokovic bertemu dengan
pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov pada aksi separuh akhir pertama, manakala
separuh akhir kedua menyaksikan nama gah dalam dunia tenis, Roger Federer
bertemu dengan pemain Kanada, Milos Raonic.
Tepati ramalan ramai apabila aksi kelmarin
telah menyaksikan bintang ternama dan selaku pilihan pertama, Novak Djokovic
melangkah ke final selepas menewaskan pemain Bulgaria dan juga teman lelaki
kepada bintang tenis wanita, Maria Sharapova dengan keputusan yang sangat
sengit 6/4 3/6 7/6 7/6 manakala Roger Federer mara ke perlawanan akhir ke-9
dalam Wimbledon akhir dengab menewaskan pemain Kanada yang meningkat dengan
cemerlang, Milos Raonic dengan keputusan 6/4 6/4 6/4 sekaligus menempatkan diri
di final Wimbledon dan bakal bertemu dengan Novak Djokovic.
Ini adalah pertemuan ke-34 mereka dan
menyaksikan kemenangan berpihak kepada Federer dengan 18-16. Dalam pertemuan
perseorang wanita akhir menyaksikan pemain Republik Czech, Petra Kvitova menang
selesa ke atas pemain meningkat naik, Eugenie Bouchard dengan keputusan 6/3 6/0
semalam. Ini adalah Grand Slam kedua bagi Kvitova.
No comments:
Post a Comment