Monday, 8 December 2014

EIZAAZ FAREZ Wakili Malaysia ke Mr Universal Pageant 2014 di Manila




Jika dahulu, nama Malaysia agak ‘tergelincir’ sedikit dalam beberapa pertandingan yang  melibatkan ‘male pageant’, akan tetapi kekecewaan tersebut telah dirawat dengan beberapa kemenangan yang diperoleh oleh pasukan Malaysia dan beberapa pertandingan yang disertai. Pada tahun 2014 sahaja, Malaysia mendominasi lebih 10 anugerah dari beauty pageant dan male pageant termasuklah memenangi bagi kategori utama yang diwakili oleh Tanisha DeMour bagi Miss Teen International 2014 yang diadakan di Singapura serta Mister Diversity Culture 2014 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada beberapa hari yang lalu yang turut menyaksikan wakil Malaysia, Lew Voon Khong dinobatkan sebagai juara. Setelah tampil dengan Mr Global pada awal tahun, Mr Teen International, Mr Asia, kini Malaysia bakal menghantar seorang lagi wakil – anak muda kelahiran Kedah bagi satu pertandingan peringkat dunia di Manila pada pertengahan bulan Disember ini.

Pemegang takhta Mr Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez Zakaria dipilih menjadi calon terbaik mewakili Malaysia di pentas prestij Mr Universal Pageant 2014. Faktanya, jenama penjagaan kulit terkenal – EADA Dermasthetic adalah penganjur mutlak dari Malaysia bagi pertandingan ini. Kami di DL sempat mendapatkan Eizaaz untuk artikel ini.

“Persediaan rapi sedang dibuat, saya akan cuba buat yang terbaik untuk Malaysia. Saya akan menggunakan pelbagai ilmu yang saya miliki untuk lebih menyerlah pada pertandingan ini. Bagi saya, sebagai anak muda sumbangan kita kepada masyarakat yang memerlukan tidak boleh putus kerana ia melambangkan martabat kita sebagai anak muda”, jelasnya. Eizaaz juga akan mengenakan beberapa rekaan pereka tersohor seperti Salikin Sidek, Wan Huzairil, Waridi Hamdan, Sheba dan beberapa nama lain ketika berada di Manila kelak.

“Saya harus tampil positif, ini kerana saya bukan sahaja membawa nama saya malah turut menggalas nama Malaysia pada Mr Universal 2014 ini. Segala gerak geri saya dan pelakuan saya haruslah melambangkan seorang rakyat Malaysia”, tegas beliau. Jika ada yang tidak tahu, Eizaaz juga ialah Duta bagi EADA Dermasthetic.

Mr Universal Pageant 2014 akan diadakan di Manila pada 22 Disember 2014 di Grand Theater University of Philippines. Program ini akan bermula pada 16 Disember sehingga 21 Disember. Semua peserta harus tiba pada 15 Disember. Pertandingan ini berpusat di Manila, Filipina dimana president bagi Mr Universal Pageant ini ialah Mr Ross Alvaro. Pertandingan ini juga mendapat sokongan daripada TV5 Philippines dan khabarnya lebih 50 buah negara akan bertanding bagi penentuan Mr Universal Pageant 2014 ini. Antara negara yang bakal memberikan saingan hebat ; Venezuela, Lebanon, Philippines, USA, Macedonia dan banyak lagi.

Semoga Eizaaz Farez Zakaria, wakil negara kita dapat memberikan yang terbaik! Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...