KREDIT LEJEN |
Setelah mendapat title Bestseller untuk
karya pertamanya, Wanita Kimono Merah tidak membuat jejaka Syafie Mahyani
berada dalam zon selesa. Kini penulis berbakat besar ini tampil dengan karya
terbaru yang khabarnya lebih panas dan lebih hebat- MANI : Wanita Kebaya Kuning,
secara rasmi berada di pasaran pada minggu lalu.
“MANI
: WANITA KEBAYA KUNING adalah sebuah cerita yang berbeza dengan WANITA KIMONO
MERAH, lebih mendebarkan dan tentunya penceritaan serta penulisan yang berbeza”,
ujar penulis melalui sesi tembual secara online dijalankan. Lebih manis lagi, novel yang mula dijual di
Expo Buku 1Malaysia ini dinobatkan ditempat #1 novel dari Lejen paling laku..!
Wah, permulaan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, karya bestseller beliau yang
pertama WANITA KIMONO MERAH tersenarai di tangga #14 novel paling laku di expo
tersebut.
Ketika ditanya prihal kontroversi
mengenai karya pada awalnya, Syafie punyai jawapan sendiri. “Memang mengejutkan dan sedikit memberi
tekanan. Akan tetapi saya cuba lihat dari sudut positif. Ya, mereka sudah
menilai sebelum membacanya, sejujurnya lagi, saya tak sabar untuk mendengar
reaksi pembaca. Memang ada beberapa pembaca yang suka akan cerita itu dan
mereka tidak pula menimbulkan isu bahawa karya itu hanya didasari oleh sesuatu
yang ramai katakan, karya lucah. Kedua, penulisan saya pada kali ini lebih
matang berbanding WKM dan bagi saya kedua-dua karya ini saya sendiri sangat
berpuas hati dan punyai keistimewaan tersendiri”, tegasnya.
“Tinggi
harapan saya untuk karya kedua ini. Selain dekat dengan diri saya sendiri, saya
berharap pembaca puas dan menikmatinya, itu yang penting”, jelas beliau. Pada perkembangan lain,
penulis ini berhasrat juga untuk tampil dengan novel ketiganya pada 2015 ini.
DOMINASI LELAKI : Tahniah Syafie
Mahyani untuk karya tersebut, semoga terus cemerlang dan menghasilkan sesuatu
yang berguna dan menarik kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment