Tuesday, 16 December 2014

Ratu Afrika Selatan Dimahkotakan Miss World 2014, Malaysia Cipta Kejutan!


Rolene Strauss kini bergelar Miss World 2014. Kredit missosology

Bukan sahaja memiliki raut wajah menawan, tinggi lampai, gadis berusia 22 tahun dari Afrika Selatan ini membuktikan beliau yg terbaik dalam kalangan terbaik apabila pemegang nama Rolene Strauss dinobatkan sebagai Miss World 2014 kelmarin.
Pelajar bidang perubatan ini menewaskan 121 peserta lain untuk melayakkan beliau dimahkotakan dengan mahkota terulung berona biru tersebut. Rolene dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia yang ke-65 pada tahun ini yang diadakan di London. Tempat kedua diungguli oleh ratu Hungary (Edina Kulcsar), manakala ratu dari AS (Elizabeth Safrit) diangkat di kedudukan ketiga.
 
Kredit missosology
Lebih manis bagi Malaysia menerusi wakilnya, Dewi Liana Seriestha apabila tidak pulang dengan tangan kosong. Dewi Liana, berketinggian 179cm ini memenangi bagi kategori Best Talent yang membenam cabaran peserta terdekatnya dari Scotland. Satu pencapaian yang besar bagi Malaysia di pentas Miss World. Selain itu juga, Malaysia juga tersenarai dalam TOP25!

Pada tahun ini juga, dapat dilihat bahawa beberapa negara yang mendahului dan menguasai beauty pageant agak ‘tergelincir’ sedikit pada tahun ini. Dapat dilihat beberapa negara seperti Filipina (sekadar TOP25), Thailand (unplaced), Venezuela (unplaced), Indonesia (TOP25), dan antara calon pilihan India menerusi Koyal Rana, tersenarai dalam TOP10 sahaja.
 
kredit eonline
Apapun keputusan adalah muktamad dan tetap, tahniah kepada semua pemenang. Jutaan tahniah kepada Rolene Strauss dari Afrika Selatan. Kini anda adalah MISS WORLD 2014! Keputusan penuh Miss World 2014

MISS WORLD : ROLENE STRAUSS (AFRIKA SELATAN)
1ST RUNNER-UP : Edina Kulcsar (HUNGARY)
2ND RUNNER-UP : Elizabeth Safrit (AS)
TOP5 : AUSTRALIA & ENGLAND
BEST SPORT : Krista Haapalainen (FINLAND)
BEST MULTIMEDIA : Elizabeth Safrit (AS)
BEST BEACH FASHION : Olivia Asplund (SWEDEN)
BEST TALENT : Dewi Liana Seriestha (MALAYSIA)
BEST TOP MODEL : Isidora Borovcanin (BOSNIA & HERZEGOVINA)
PEOPLE’S CHOICE : Maeya Nonthawan Thongleng (THAILAND)
5 BEAUTY WITH A PURPOSE : Koyal Rana (INDIA), Idah Nguma (KENYA), Julia Gama (BRAZIL), Maria Asteria Sastrayu Rahajeng (INDONESIA) dan Rafieya Husain (GUYANA)

Malaysia diwakili Dewi Liana yang turut memenangi Best Talent di Miss World 2014 menewaskan Miss Scotland. Kredit theborneopost

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...