Sunday 24 May 2015

Senarai TOP16 Mister Malaysia 2016



Daripada ratusan jejaka yang menghantar permohonan, seramai 32 peserta telah dipilih ke peringkat semi final bermula 1 Mei 2015 selepas beberapa siri tapisan dibuat oleh penganjur Hot Search 2015 - The Next Mister Malaysia 2016 anjuran bersama Kota Dame, Kota Damansara (Uptown Kota Damansara) dan agensi House of Talents (HOT).

setelah beberapa siri tugasan diberikan kepada kesemua 32 semi finalis, hanya 16 sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung di pentas utama Kota Dame, Kota Damansara pada 29 Mei ini bagi merebut gelaran Mister Malaysia 2016.

Sehubungan dengan itu, Dominasi Lelaki yang memasuki tahun ketiga sebagai portal rasmi Mister Malaysia cuba untuk menghangatkan lagi acara akhir yang bakal diadakan kurang seminggu sahaja lagi dengan mengadakan undian, wakil negeri manakah yang menjadi pilihan, popular atau mendapat perhatian para pembaca DL untuk dijulang sebagai juara?

Justeru, para pembaca dialu-alukan untuk memilih finalis kegemaran masing-masing di sudut atas sebelah kiri paparan web ini tanda sokongan.

Terima kasih kepada saudara Digun Rahman, wartawan hiburan dan fesyen Utusan Malaysia merangkap pengasas agensi HOT atas kerjasama yang diberikan selama ini.

Di sini, secara ekslusif, DL tampilkan wajah-wajah tampan kesemua 16 finalis MISTER MALAYSIA 2016 yang mewakili negeri-negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah.

PERLIS – SYUAIB YUSOF (2O TAHUN)
KEDAH – AZRIL ZAHARI (29 TAHUN)
PULAU PINANG - ANAS DZUL (20 TAHUN)
PERAK - KISHORE NAATH (23 TAHUN)
SELANGOR – MAHFUZ AIZAK (22 TAHUN)

KUALA LUMPUR – ZAKIR ALI (20 TAHUN)
PUTRAJAYA – MIKE GALLYOT (20 TAHUN)
NEGERI SEMBILAN – ZARUL SHARIF (19 TAHUN)
MELAKA – YUSUF TONY (25 TAHUN)
JOHOR – FAEZ FIRDAUS (24 TAHUN)
PAHANG – HARIDZ ADDIE (20 TAHUN)
TERENGGANU – ALEY AZAMI (23 TAHUN)
KELANTAN – DAFI QAZWAN (23 TAHUN)
SARAWAK – AMIRUL AMIR (21 TAHUN)
LABUAN – ALIFF RADZUAN (23 TAHUN)
SABAH – FAIZUL SYAZWAN ( 27 TAHUN)
Gambar yang sangat menarik ini mendapat sentuhan Arazzsrazzswill. Terima kasih



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...