Tuesday 10 January 2012

RABBANI & SITI Berduet, Cipta Kelainan

RABBANI & SITI NURHALIZA akan berduet...??? bukanlah menjadi kehairanan sebab sebelum ini pon mereka pernah berkerjasama dengan baik. Tapi kali ini menjadi suatu yang istimewa apabila mereka akan merakamkan lagu bersama sekitar penghujung bulan Januari ini jika tiada aral melintang. Lagu dicipta oleh Ustaz Sahibul Fadhil yang juga penerbit album pertama Rabbani & penulis lirik lagu PERGI TAK KEMBALI & INTIFADA. Tambahan lagi, lagu tersebut bukan sahaja utk menyemarakkan lagi dunia muzik bahkan menaikkan lagu2 unsur ketuhanan sekaligus menjadi lagu taruhan kumpulan RABBANI pada tahun 2012.


Khabarnya, lagu berkenaan akan dipersembahkan pada konsert sempena Maulidur Rasul pada Februari nanti. Kata mereka, jika Siti bersetuju, lagu tersebut akan dirakamkan pada hujung Januari nanti.  Cetusan idea ini hasil daripada kerjasama mereka yang baik & juga pihak siti sendiri apabila sering diundang menjayakan konsert Maulidur Rasul beberapa tahun lalu.


Pada tahun ini, nama Malam Sinar Maulidur Rasul telah bertukar nama & menjadi Konsert Muhammad Al Amin atas sebab mahu memberi nafas baru kepada acara tersebut.

**untuk maklumat & berita lebih lanjut, DL cadangkan bolehlah dapatkan akhbar Berita Harian hari ini 10/01/2012..

2 comments:

  1. xsbr nk tggu..ape2 pon siti cantik n the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang cantik..ada gmbar terbaru malam tadi punyer

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...