Sunday 5 February 2012

Dua Negeri di Australia Tenggelam

Berita dunia yang dipetik dari akhbar KOSMO hari nie mengetengahkan berita mengenai dua negeri di Australia telah tenggelam..! tenggelam..?? YA..! itulah yang sedang berlaku. Ribuan penduduk terputus hubungan semalam selepas hujan lebat melanda telah menyebabkan air di beberapa tebing sungai di pedalaman timur Australia melimpah dengan sebahagian keluarga diancam serangan ular berbisa ketika berlindung di bumbung rumah.


Lebih 11 000 orang terputus hubungan sahaja di Queensland, setahun selepas sekitar 35 orang maut dalam banjir kilat yang turut meneggelamkan 30 000 kediaman di negeri berkenaan & juga di New South Wales.

Sebahagian besar tanaman termasuk kapas, tebu & kacang soya & jagung ditenggelami air. Bacaan banjir di beberapa batang sungai di negeri NSW & Queensland mencatat paras melebihi 13 meter.  Dijangkakan banjir akan berterusan selama beberapa hari malah akan berlarutan sehingga beberapa minggu di sesetengah kawasan. – Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...