Saturday 3 March 2012

LELAKI Runsing Berpayudara

Perkara yang alami dikenali sebagai ‘gynecomastia’. Ini mungkin petanda masalah kesihatan dan perlu dirujuk kepada doktor.

Jika pemeriksaan dilakukan doktor mendapati anda tiada masalah hormon, iaitu tiada kekurangan hormon testosteron (hipogonadisme) atau tiada masalah kebakaan (Sindrom Kleinfelter), masalah anda mungkin perkara semula jadi. 


sekadar gambar hiasan

Boleh cuba menguruskan berat badan jika obes, sekali gus membina badan dan otot dada supaya ‘buah dada’ tidak kelihatan timbul. 

Anda juga boleh membendung dada supaya ia dapat dileperkan. Jika semua itu gagal, anda boleh menjalani pembedahan untuk membuang lemak buah dada supaya kelihatan sesuai dengan jantina anda. 

Anda perlu tahu yang buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan, terutama di bahagian tompok coklat dan puting. 

Bagaimanapun, melakukan pembedahan buah dada boleh merosakkan tisu sensitif apabila urat saraf terpotong.

 sumber : Soal Jawab  Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby ( Akhbar Metro )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...