Tuesday 2 September 2014

Erti KEMERDEKAAN 2 Juara


KREDIT : Semua gambar dari ADIB SC

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Masihkah anda ingat dengan laungan keramat tersebut? ianya menjadi detik terunggul negara apabila laungan tersebut sebagai tanda kemerdekaan yang dikecapi oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos 2014 pada tahun ini adalah tanggal ke-57 tahun kemerdekaan bagi negara.  DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA diangkat sebagai tema pada tahun ini. Bertepatan dengan tema dan sambutan kemerdekaan kali ini, kami di DL ingin tampil dua jejaka tampan dengan erti dan maksud kemerdekaan dari pandangan mereka. Beliau adalah 2 juara, 2 wakil utara dan bakal wakil negara ke pentas dunia tidak lama lagi ; Eizaaz Farez Zakaria (Juara Mister Planet Malaysia 2014) dan Nazmi Nordin (Juara Mister Planet Malaysia 2015). Ayuh kita selami dan ketahui erti dan pandangan kemerdekaan buat 2 jejaka dan juara ini ;



Erti KEMERDEKAAN bagi anda?
(E) Bagi saya, erti KEMERDEKAAN adalah pengorbanan, perpaduan dan penyatuan tidak kira mahupun bangsa, darjat ataupun agama. Pengorbanan yang telah kita semua tempuhi, perpaduan yang akhirnya kita capai dan penyatuan bangsa dimana mahupun  kita berbeza dari segi bangsa mahupun agama, tetapi kita tetap bersatu.”

(N) Personally, erti kemerdekaan bagi saya ialah apabila kita boleh berada di tempat tanah tumpah darah kita, tempat di mana kita membesar, mencari rezeki membina kehidupan serta menikmati segala nikmat pemberian Yang Maha Esa dengan penuh rasa syukur tanpa digugat oleh mana-mana anasir.

Dalam konteks lain, dengan status saya sebagai seorang pelajar dan anak kepada En. Che Nordin dan Pn. Azizah Said, Hari Konvokesyen merupakan “HARI KEMERDEKAAN” bagi saya. Setiap saat yang saya perjuangkan sekarang ini hanyalah untuk memperoleh kejayaan duniawi dan ukhrawi.”

Tokoh Pilihan?
(E) “Semestinya Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman. Tanpa beliau, tidak mungkin kita akan kecapi kesenangan seperti apa yang saya peroleh sekarang.”

(N) Tun Mahathir Mohamad kerana beliau telah memerdekakan Malaysia dari telunjuk Barat. Beliau juga berani menyanggah Barat dan bertindak mengikut apa yang dirasakan betul untuk Malaysia.”

Kenangan/sambutan MERDEKA yang tidak dapat dilupakan.
(E) “Pengalaman kemerdekaan yang saya sertai semasa di Tingkatan 4 iaitu tahun tertakhir Tun Dr Mahathir memegang jawatan sebagai PM Malaysia. Bagi saya, saya sangat menyanjungi beliau dan saya berpeluang berjumpa dan berterima kasih kepada beliau.”

(N) Semasa menuntut di Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra (SEMESRA), saya menyertai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). I still remember. It was in 2005. Saya pengsan sebanyak 2 kali semasa sesi latihan kawad senjata menjelang Hari Kemerdekaan sebab cuaca yang terlalu panas dan tak berapa sihat.” (tersenyum).



TRIVIA
Eizaaz Farez, pemenang Mister Planet Malaysia 2014 akan mewakili negara ke Manila, Filipina pada Oktober ini di pentas Mister Planet Malaysia 2014, manakala Nazmi Nordin (Juara Mister Planet Malaysia 2015) pula akan bertanding ke Madrid, Sepanyol pada tahun hadapan. Selamat maju jaya buat kalian berdua.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...