Tuesday 25 November 2014

Dominasi Peserta Lelaki, WILL Dijangka Juarai America's Next Top Model 21




Program pencarian model terulung yang dikelolai oleh supermodel terkenal, Tyra BanksAmerica’s Next Top Model bagi musim ke-21 kini semakin hangat. Bukan sahaja penuh dengan drama, kini pencarian tersebut semakin berada di kemuncak apabila TOP4 sudah diketahui. Kini hanya tinggal 5 peserta yang kelihatan didominasi oleh peserta lelaki iaitu seramai 3 orang manakala 1 daripadanya adalah wanita.

WILL menjadi perhatian dan pilihan untuk juara. Adakah WILL menjadi juara lelaki pertama dalam sejarah ANTM?
Pada episod yang ke-13 menerusi tema “The Girl Who Gets Caught in a Lie”, wanita unik, Chantelle terpaksa akur menerima kekalahan dan penyingkiran kedua apabila gambar pada sesi kali ini hambar dan menyebabkannya tersingkir buat kali kedua. Faktanya, beliau pernah tersingkir pada sebelum ini, iaitu pada minggu ‘make-over’ akan tetapi ANTMComeback telah menyerapmasuk beliau dan bersaing semula bersama-sama peserta lain.

Bagi episode ke-14, gadis lincah, Shei terpaksa pulang apabila gambar yang bertemakan Elvis Presley dan Marilyn Monroe yang digayakan olehnya sedikit hambar berbanding peserta lain. Adam Smith diumumkan sebagai best-photo.
 
Lenox menjadi peserta tunggal wanita yang tinggal.
Kini hanya tinggal Will, Adam, Keith, dan Lenox yang meneruskan perjuangan untuk memenangi gelaran America’s Next Top Model bagi musim ini. Adakah pada musim ini lelaki pula akan memecah tembok penguasaan wanita sejak dari musim pertama? Dalam ANTM, peserta lelaki telah mula diserapmasuk sejak dari musim lalu iaitu ANTM20 yang menyaksikan peserta lelaki Marvin terpaksa akur apabila tewas kepada Jordan, peserta wanita pada peringkat akhir. adakah Will, Keith atau Adam akan menyerlah pada kali ini? jika diberi pilihan, kami di DL memilih Will (lelaki) atau Lenox (wanita) untuk menjuarai pertandingan ini. Semua gambar kredit page ANTM21

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...