Saturday 3 May 2014

AIDIT Juara HIMbyHatta

kredit : HMetro
Tepati ramalan. Itulah ungkapan yang pantas dilaungkan buat jejaka muda, seorang pelajar Kejuruteraan Pesawat, Aidit apabila beliau tampil sebagai juara HIMbyHatta, sebuah program pencarian wajah bagi koleksi HIM oleh pereka fesyen tersohor negara, Hatta Dolmat.

Pada pentas akhir yang menyaksikan 10 jejaka bersaing hebat bagi merebut hadiah lumayan. Aidit menewaskan 9 peserta lain dengan penampilan dan karisma penuh bergaya. Keputusan penuh ;

Juara HIMbyHatta : Aidit
Naib Juara HIMbyHatta : Joharee
Ketiga HIMbyHatta : Asyraf Ali
HIMbyHatta Social Media Favourite : Aman
HIM Pilihan InTrend : Pipi Razi

Selain pemilihan kejuaraan, salah seorang daripada peserta dalam program ini yang mesra disapa Pipi Razi dipilih untuk dinobatkan sebagai juara bagi kategori khas iaitu HIM Pilihan InTrend pada malam kemuncak 26 April 2014 yang lalu serta meletakkan beliau bakal tampil dalam keluaran InTrend akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...