Tuesday, 10 July 2012

Pelajar DIPAKSA Minum Air Kencing Sendiri..!


PELAJAR DIPAKSA MINUM AIR KENCING SENDIRI..?? apa sudah jadi..?? YA, inilah senario yang berlaku  di SANTINIKETAN, apabila seorang warden telah memaksa seorang pelajar minum air kencing sendiri sebagai ubat bagi merawat tabiat buruk iaitu kencing di atas tilam. Menurut sumber, pelajar tersebut menghidapi penyakit kencing di atas tilam.

sekadar gambar hiasan

Berita ini telah sampai pada pengetahuan ibu pelajar tersebut, tapi apabila ibu pelajar tersebut mengubungi warden tersebut, warden tersebut memberi jawapan bahawa pelajar tersebut dalam keadaan baik tetapi selalu kencing malam & meminum air kencingnya sendiri.

Berita tersebut amat mengejutkan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka yakin bahawa anaknya dipaksa untuk meminum air kencing sendiri, lantas ibu bapa tersebut membuat laporan di balai polis Bolpur.

Sumber : Olahan semula DOMINASI LELAKI dari sumber berita Global, Sinar Harian

Friday, 6 July 2012

Elak Rambut BERUBAN..


Anda mengalami masalah RAMBUT BERUBAN..?? macam mana mahu atasinya..? jom kita baca entry yang disediakan oleh DOMINASI LELAKI ini.


Baru-baru ini pihak DL sendiri ada membaca keratan artikel yang dikeluarkan oleh majalah lelaki terkemuka di Malaysia, MASKULIN pada edisi bulan Julai. Dalam  artikel tersebut ada menyatakan tip & cara bagi mengelakkan rambut beruban. DL ‘terpanggil’ untuk berkongsi dengan para pembaca budiman mengenai perkara ini. Jom..!

TIP ELAK RAMBUT BERUBAN
1)      Amalkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi seperti ikan.
2)     Vitamin B kompleks & Vitamin B5 ( dapat membantu mencegah proses perubahan akibat kekurangan nitrisi pada sel rambut anda.
3)     Pengambilan Vitamin E juga baik untuk merangsang sistem edaran darah pada kulit kepala.

Wednesday, 4 July 2012

Siti Nurhaliza Buka Restoran Sendiri..??


Dato’ Siti Nurhaliza buka restoran..?? wahhh.... bestnya..! haaaa, anda jangan terpedaya dengan title entry DOMINASI LELAKI kali ini, gambar yang dilampirkan tersebut bukanlah menu bagi restoran yang diasaskan oleh penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza tapi ianya adalah satu hasil kerja yang dibuat oleh ( Tuan Tanah DOMINASI LELAKI ) untuk subjek Food & Beverage di pusat pengajian.


Sekadar untuk berkongsi, saya diberi tugasan untuk menyiapkan 2 kad menu ( A La Carte Menu & Table D’Hote Menu ) bagi sebuah restoran. Tema BEBAS. Tapi saya telah mencuba & bereksperimentasi hasil kerja ini dengan menggunakan penyanyi NO.1 Malaysia sebagai inspirasi & olahan yang menarik bagi kad menu saya kali ini.


Walaupun dibuat pada saat-saat akhir tapi saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Menu-menu yang dilampirkan juga semuanya bertemakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh presiden Simplysiti ini. Bagi pemilihan latar belakang, saya memilih tema CETUSAN WARNA & PANCAWARNA sebagai temanya. Jadi, inilah hasilnya yang telah dihantar kepada pensyarah bagi tugasan kad menu. Terima kasih kepada teman-teman serumah yang membantu.

DOMINASI LELAKI : agak-agaknya mesti seronok & menarik kan jika Dato’ Siti memiliki sebuah restoran sendiri..!

Monday, 2 July 2012

Hafizul Kamal Juara ON AIR Musim Pertama


Pada baru-baru ini berlangsungnya pertandingan akhir pencarian personaliti dalam bidang pengacaraan yang dipanggil ON AIR musim pertama di Astro Ria. Pertandingan ini memperlihatkan 10 perantis lelaki & 10 perantis wanita bersaing bagi merebut gelaran juara ON AIR musim pertama ini.

Hafizul Kamal menjadi juara ON AIR musim pertama.

ON AIR yang diterajui oleh Aznil Hj Nawawi sebagai anchor & Datin Seri Normala Samsudin sebagai pembantu bersama ini memperlihatkan kecekapan & tahap disiplin seseorang itu untuk bergelar & menjadi sebahagian dalam bidang pengacaraan ini. Pada pentas akhir ( minggu 6 ), Hafizul Kamal telah diumukan sebagai Juara ON AIR dengan ‘membenam’ cabaran 3 lagi perantis yang mara ke pusingan akhir ini iaitu Hefny, Hassanal & Harleena.

Naib Juara

Ketiga

Keempat

Pada pusingan akhir ini juga perantis diarahkan untuk memberi satu pengucapan awam secara spontan yang hanya diberi masa selama 2 minit. Perantis Hafizul menjalankan tugasan terakhir yang diberi dengan cemerlang apabila Anchor & Co-Anchor begitu senang & memuji hasil yang telah dihujah olehnya. Hafizul membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik RM5000 & sebuah kereta Toyota Rush.

DOMINASI LELAKI : program seperti ini sepatutnya boleh dikekalkan supaya dapat mencari pelapis yang baru dalam dunia pengacaraan. Cuma jika tidak silap, seperti orang ramai tidak tahu menahu mengenai pentas akhir ini berlangsung. TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang & kepada mereka yang tidak bernasib baik, anggaplah ini satu permulaan dalam diri anda ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...