Monday 6 February 2012

'AURA' Dato' Siti 'PUKAU' Penonton..!

Rasanya masih belum terlambat lagi DL ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, semoga kita dapat menghayatinya dengan penuh ketulusan. Bertepatan dengan itu, satu konsert percuma bertemakan ‘Muhammad Al-Ameen’ diadakan dengan menggabungkan nama2 besar industri muzik tanah air iaitu Penyanyi & Artis Popular Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza & Kumpulan Rabbani. Mereka juga penganjur persembahan tersebut. Selain Dato’ Siti & Rabbani, penonton juga dapat menyaksikan artis seperti Amy Search, Najwa Latif serta Sabri Yunus.


Persembahan yang amat ditunggu2 adalah persembahan dari Dato’ Siti yang mengenakan busana yang cukup indah. Imej yang ditonjolkan oleh Dato’ Siti malam tersebut tersangatlah cantik & bak kata orang sejuk mata kita memandang..!! Siti bukan sahaja menghiburkan penonton bahkan juga membuat persembahan berbentuk gurindam & syair yang berlandaskan sifat2 Rasulullah SAW.


Kali ini juga, Siti & Rabbani secara esklusifnya menyampaikan lagu duet terbaru mereka yang diberi judul ‘Muhammad Al-Ameen’, selain alunan merdu ‘Rasul Junjungan’, ‘Ketika Cinta’, dan sebuah lagu yang muzik asalnya CINDAI tapi ditukarkan liriknya seperti lagu kerohanian. Dikhabarkan sekitar 10 ribu penonton turut hadir melihat persembahan tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Jom kita saksikan sedikit sebanyak gambar2 yang sempat diambil oleh rakan DL, Joey Zoey semasa berada di persembahan 'Muhammad Al-Ameen' tersebut..






DL : sama2 la kita menghayatinya & mencontohi sifat2 & keperibadian Rasulullah SAW

3 comments:

  1. Replies
    1. yup, alhamdulilah, doakan semoga dato' siti akan dapat mengekalkan imej sebegini pada masa akan datang..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...