Kata Pemeri ialah elemen atau unsur yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa dalam prediket. Kata Pemeri terbahagi kepada 2 jenis;
·
ialah
( hadir di hadapan Kata Nama )
contoh :
1) Warna biru ialah warna tema baju raya kami tahun ini.
2) Encik Amer ialah seorang pensyarah.
3) Biskut Sutramaya ialah biskut kegemaran sahabat saya.
4) Maria Sharapova ialah atlet wanita paling kaya di dunia.
·
adalah
( hadir di hadapan Frasa Adjektif & Frasa Sendi Nama )
contoh :
1) Keputusan yang dibuat itu adalah muktamad.
2) Kenaikan harga barang di kantin
sekolah itu adalah tidak
wajar.
3) Objektif utama program motivasi yang
diadakan itu adalah untuk
meningkatkan lagi keyakinan diri pelajar.
4) Kenyataan saksi mengenai kes
pembunuhan itu adalah sangat
penting.
**akan
tetapi, pelajar harus INGAT bahawa Kata Pemeri ini TIDAK BOLEH HADIR
bersama-sama KATA NAFI kecuali dalam binaaan ADALAH + KATA NAFI + FRASA
ADJEKTIF ;
Contoh
:
1) Keputusan perlawanan yang diadakan di
stadium tertutup tersebut adalah tidak
adil dan terpaksa dibantah.
2) Dunia yang dicipta oleh Tuhan ini adalah tidak kekal dan suatu hari
nanti akan berakhir jua.
Sumber
: Dirujuk & diubahsuai oleh DOMINASI LELAKI dari Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga
DOMINASI
LELAKI : semoga para pelajar dapat menggunakan nota-nota tersebut dengan sebaik
mungkin, mengetahui cara penggunaannya dengan betul & tepat.
No comments:
Post a Comment