Friday 24 August 2012

Siti Nurhaliza 'TAWAN' Majalah..!!


Mingguan Wanita akan datang menampilkan Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan majalah tersebut. *kredit gambar : page rasmi MINGGUAN WANITA

Musim Syawal yang sedang rancak diraikan, begitu jugak dengan rezeki & tawaran yang diterima oleh penyanyi NO.1 negara ini, Siti Nurhaliza. 2 hari sebelum menjelang Syawal, single & klip video terbarunya yang berkolaborasi bersama juara AF7, Hafiz semakin mendapat sambutan yang hangat. Walaupun pemilik lagu Biarlah Rahsia ini tidak terlibat dengan program Syawal tahun ini kerana jadual promosi Koleksi Bejeweled sedang hangat ‘mengusai’ penggunanya, akan tetapi seperti kebiasaan, saban tahun wajah penyanyi dari Pahang ini ‘diangkat’ antara selebriti yang ‘WAJIB’ memeriahkan lagi muka depan majalah-majalah di Malaysia ini. Mengambil contoh beberapa majalah yang menampilkan biduanita Malaysia ini menjadi penghias majalah adalah HARMONI, SERI DEWI & KELUARGA dan yang terbaru ini MINGGUAN WANITA tidak lama lagi. Selain menjadi cover, penyanyi yang sedang ‘FENOMENA’ menerusi lagu MUARA HATI ciptaan Hafiz & Adi 6ixth Sense ini juga mendominasi kebanyakan lampiran dalam majalah di Malaysia.

antara majalah yang menampilkan Siti Nurhaliza sebagai muka depan Ramadan/Syawal 2012;



busana indah ini dipakai oleh Siti Nurhaliza sebagai lampiran cerita dalam majalah Media Hiburan edisi Syawal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...