Langkah bagi
wakil Malaysia pada Mister Planet 2014 yang diwakili oleh pemenang Mister
Planet Malaysia, Eizaaz Farez semakin hampir. Beliau kini begitu gigih membuat
persediaan rapi supaya beliau tampil dengan penuh bergaya dan berkeyakinan
dengan ilmu penuh didada tatkala menempuh cabaran di pentas Mister Planet 2014 yang dijadulkan
berlangsung di Filipina. Dikhabarkan sendiri oleh empunya diri, beliau akan
memperkenalkan ekopelancongan Malaysia yang dianggap sangat istimewa dan
mempunyai tarikan tersendiri.
Ekopelancongan
merupakan industri penyumbang terbesar negara pada masa kini. Pemahaman terhadap
hubungan yang terjadi antara alam sekitar dengan bidang pelancongan penting
supaya akan dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar serta
kesejahteraan manusia. Ekopelancongan akan melibatkan komuniti tempatan dalam
proses pengurusan dan perancangan sumber
semula jadi iaitu memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi atau biodiversiti.
Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah
dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan
meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat.
Selain itu,
ekopelancongan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi
setempat yang dibekalkan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan
elektrik dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan
pengangkutan awam dan sebagainya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan
pembangunan ekonomi kawasan tersebut terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam aspek
sosial, ekopelancongan akan memperbaik pemahaman dan penghargaan pelancong
terhadap kebudayaan masyarakat setempat. Ekopelancongan menyemai nilai diir
kepada penduduk kampung pedalaman. Ini dapat menggalakkan dan menguatkan
warisan.
Ekopelancongan
merupakan satu bidang yang berpotensi perkembangan yang paling besar dalam industri
pelancongan dunia. Ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semua jadi untuk
menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi (termasuk sifat kebudayaan
kini dan lalu), menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang
rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti
sosio-ekonomi yang positif.
No comments:
Post a Comment