Sunday 6 April 2014

SYURA Tampil dengan Album Mini SIMBOLIK CINTA & 3 Resepi Istimewa

kredit : AndyDazler2 di laman fan page Syura


Jika sebelum ini nama Syura sedikit tenggelam, akan tetapi bukan lagi setelah beliau melangkah masuk ke dalam sebuah program masakan popular di Malaysia, Masterchef Selebriti Musim 2 sekaligus dinobatkan menjadi juara bagi program tersebut. Kini beliau bergiat aktif menyanyi dan menjadi pelajar di Unitar, Kelana Jaya dalam bidang Seni Kulinari.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Nazam Berkasih kini tampil dengan buah tangan terbaru, sebuah mini album yang diberi nama SIMBOLIK CINTA untuk hadiah kepada peminat yang merindukan suara beliau. Jika tidak salah, album KHAZANAH PUJANGGA adalah album terakhir beliau sekitar 2008 bergenre irama Malaysia. Menerusi album mini ini, beliau tampil dengan GANTUNG oleh Edry KRY dan AJARI AKU CINTA dimana ianya dihasilkan oleh Awi Rafael.

kredit gambar : laman fan page Syura
Album mini SIMBOLIK CINTA ini tampil dengan 2 trek yang menarik, ditambah seri apabila Syura juga turut menghadikan 3 resepi istimewa secara PERCUMA pada album mini ini. Wahhhh! Satu idea yang sangat kreatif bagi pemenang Masterchef Selebriti ini.

SIMBOLIK CINTA boleh didapati di pasaran kini dengan harga RM7.95.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...