Tuesday 22 April 2014

HANIF SAFUAN Juara Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2104



Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 baru sahaja melabuhkan tirainya pada hari kelmarin 20 April 2014 yang menyaksikan juara baru, Mohammad Hanif Safuan dinobatkan sebagai Ikon Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2104. Bukan itu sahaja, jejaka yang memiliki ketinggian 183cm ini juga turut dipilih sebagai Ikon Aura Beauty Perfect (ABP26) dan membawa pulang RM20,000.


Hanif, peserta daripada Raub, Pahang ini tampak bergaya dan penuh karisma memberikan persembahan yang hebat dan memikat hati juri. Penilaian dibuat daripada pelbagai aspek iaitu bermula pada hari pertama mereka melangkah masuk sebagai peserta dalam Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014. Hanif menewaskan 13 lagi calon lain bagi membawa pulang motorsikal Benelli Keeway yang dicipta khas bagi program ini.



Pada kemuncak final Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 ini, mereka berdepan dengan 3 segmen termasuk penggayaan baju daripada Everlast serta evening wear daripada Orlando. Peserta harus mempamerkan kehebatan, keunikan serta karisma yang kuat bagi memikat hati juri untuk melayakkan mereka berada kedudukan TOP7.


TOP7 yang layak adalah Razali, Zaidi, Asrul, Faruq, Haziq, Ariff dan Hanif.

Senarai pemenang :
Juara Lelaki Maskulin : Hanif
Naib Juara : Razali
Tempat Ketiga : Haziq
Maskulin Favourite : Rizman
Maskulin Body Beautiful : Faruq
Maskulin Pilihan Benelli Keeway : Adha
Ikon ABP26 : Hanif


Kemuncak PLM 2013/2014 juga diserikan dengan kehadiran ramai selebriti dan wakil media, blogger seperti Azwan Ali, Mister Planet 2014 (Eizaaz Farez), Shangkharee (Miss Malaysia) dan ramai lagi. Penonton turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Caprice sebagai pembukaan, Fazli Zainal dan Alyah yang turut memperkenal single terbaru beliau, Sesal Separuh Nyawa. AG bertindak sebagai pengacara dan gelagatnya sangat menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...