Jika artikel sebelum ini, pihak
Dominasi Lelaki telah berpeluang menebual salah seorang peserta bagi
Mister/Miss Teen South East Asia, Ahmad Haniff. Kini kami telah mendapatkan
rakan seangkatannya, Amer Ramly yang turut menjadi wakil Malaysia ke
pertandingan tersebut yang bakal diadakan di Singapore Orchid Country Club di Singapura sekitar 6 & 7 Jun 2014 ini.
Mesra disapa Amer, beliau yang kini
berumur 19 tahun yang juga salah seorang pelajar dari City University College
of Science and Technology ini dalam persediaan yang rapi menjelang pertandingan
tersebut. Beliau kini bergiat aktif menyiapkan diri seperti berlatih dari segi persembahan seperti catwalk, pakaian dan public speaking .
wakil Malaysia ke Mister/Miss Teen South East Asia |
Tatkala ditanya perasaan beliau
apabila menjadi wakil negara Malaysia ke pertandingan ini, dengan santai beliau
membalas “Sudah tentu sedikit gementar tetapi pada masa yang sama agak teruja.
Lebih-lebih lagi kami semua akan bertanding dengan negara-negara yang kita
sedia maklum cukup kuat dalam bidang male
pageant seperti Thailand. Namun atas semangat ingin memajukan diri sendiri
dan membawa nama Malaysia membuatkan saya bangga dan tidak sabar untuk
menyertainya”.
Beliau juga berharap akan mendapat
pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini sekaligus
dapat membantunya pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburinya. “Saya akui
banyak cabaran yang akan ditempuhi, tetapi diatas sokongan keluarga dan
rakan-rakan yang banyak membantu serta
semua yang banyak menyokong, saya menjadi lebih yakin”, katanya
dengan penuh semangat. Semangat seperti
inilah yang ingin kita lihat daripada wakil-wakl negara tatkala mewakili
Malaysia.
Selamat Maju jaya kepada kalian,
semoga dapat buat yang terbaik di Singapura.
No comments:
Post a Comment