GAMBAR : dari Fee Haiqal |
Bentuk badan sempurna dan perwatakan
yang menarik, tidak hairanlah jejaka muda kelahiran Johor ini yang mesra disapa
Fee Haiqal dipilih bagi mewakili Malaysia ke pentas dunia, Mister Universal
Ambassador 2015 yang bakal diadakan di Bali pada September 2015 kelak. Tampak
manis lagi, anak kepada ratu Irama Malaysia tersohor negara, Noraniza Idris ini
menjadi wakil sulung kepada pertandingan yang baru bermula edisinya pada 2015.
Kami di Dominasi Lelaki sempat mendapatkan Fee Haiqal atau nama sebenarnya Mohd
Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi untuk sesi interview bagi keluaran terbaru
ini.
Ketika ditanya prihal persediaan
menjelang Mr Universal Ambassador, jejaka berusia 21 tahun ini punyai jawapan
sendiri, “Persiapan terkini is more on toning muscle, fix on my talent punya
slot dengan gain more endurance for sport punya slot. Tidur selama 8 jam sehari
amat penting, eat clean and in shaa Allah semua berjalan dengan lancar”, tuturnya pembuka bicara. Jika
ada sesetengah pengikut pageant di Malaysia mesti akan perasan bahawa Fee
Haiqal pernah menjadi wakil negeri bagi Mister Planet Malaysia 2014 dimana
Eizaaz Farez diumumkan menjadi juara sekaligus mewakili Malaysia pada edisi
tahun ini. Walaupun nasib tidak menyebelahi jejaka tinggi lampai ini, beliau
kini mampu tersenyum kerana impiannya untuk mewakili Malaysia tercapai jua.
“Perasaan bila terpilih sebenarnya
tidak terkata juga sebab benda ini agak suprise. Organizer Malaysia call and
inform i was selected to represent Malaysia in Bali! First thing on my head is
to fix my physical yang mula jatuh akibat spine injury. Now getting better,
focus on the next slot”, sambungnya.
Beliau juga berharap akan dapat
mengharumkan nama Malaysia ke peringkat global bagi pageant dan berharap
usahanya mendapat sambutan dan sokongan yang padu dari keluarga dan
teman-teman.
TRIVIA : Setelah berakhirnya MPM2014, Fee
Haiqal kini bergerak ke dunia modeling, mendapat tawaran emcee bagi beberapa
majlis dan terkini adalah Akar Kita Zapin 2014 Seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment