KREDIT : ZIMBIO.COM |
Pemain tenis sensasi dunia, Maria
Sharapova kini kembali merampas kedudukan NO.2 dunia selepas memenangi Terbuka
China 2014 pada beberapa minggu lepas. Maria menewaskan pemain NO.3 dunia dari Republik
Czech, Petra Kvitova dengan keputusan 6-4 2-6 6-3 di peringkat akhir untuk
memenangi gelaran yang keempat pada tahun 2014 selepas menjuarai Stuttgart,
Madrid dan Terbuka Perancis.
Sharapova, walaupun tewas kepada
pemain bukan pilihan di Terbuka Wuhan, China pada dua minggu lepas, beliau kini
bangkit dari pusingan pertama sehingga separuh akhir tidak pernah tewas satu
set pon kepada pihak lawan. Di Beijing, beliau menewaskan Kaia Kanepi (R1),
Elena Svitolina (R2), Carla Suarez-Navarro (R3), Svetlana Kuznetsova (QF) dan
Ana Ivanovic pada SF.
Kini Maria di kedudukan kedua di
belakang Serena Williams yang mengumpul 8645 mata berbanding Sharapova yang
mengumpul 6680 mata. Pada WTA Championship 2014 di Singapura, Serena perlu
mempertahankan 2000 mata yang dimilikinya sementara Maria tiada. Ini mungkin
menjadi peluang buat Maria untuk melonjak ke NO.1 dunia jika Serena tidak
berjaya mempertahankan di WTA Championship 2014.
Olahan : guardianlv.com
No comments:
Post a Comment