Monday 6 October 2014

Sharapova dan Djokovic Juarai Terbuka China 2014


kredit : zimbio.com
Dua bintang ternama dunia, Maria Sharapova dan Novak Djokovic melakarkan kemenangan di kejohanan Terbuka China semalam selepas menewaskan pilihan ketiga kejohanan. Terdahulu, bintang sesasi tenis daru Rusia, Maria Sharapova bangkit dari kekalahan set kedua sebelum mendominasi set ketiga sebelum menang 6-4 2-6 6-3 mengatasi pilihan ketiga, Petra Kvitova daripada Republik Czech.

kredit : zimbio.com
Pemain Serbia, Novak Djokovic pula membenam seorang lagi pemain Republic Czech, Tomas Berdych dengan keputusan 6-0 6-2 sekaligus membuat kemenangan kelima berturut-turut selepas memenangi kejohanan Terbuka China sejak 2009.

Tambah manis lagi buat Sharapova, dengan kemenangan tersebut, beliau melonjak kedudukan daripada NO.4 ke NO.2 dunia di belakang Serena Williams dengan jurang mata yang dekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...