Saturday, 18 October 2014

SITI, TAUFIQ, CAKRA, NOAH Unggul di APM 2014

KREDIT GAMBAR : PAGE APM

Beberapa jam yang lalu, berakhirnya malam anugerah yang meraikan dan menjulang karya hebat 3 buah negara – Malaysia, Singapura dan Indonesia diatas satu pentas yang sama iaitu ANUGERAH PLANET MUZIK 2014 bagi edisi APM13. Lebih manis, pada kali ini, sebanyak 19 buah kategori yang dipertandingan, menampakkan pertambahan satu kategori iaitu KOLABORASI TERBAIK (LAGU).
 
KREDIT GAMBAR : PAGE APM
Artis ternama negara, Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi hebat Singapura, Taufik Batisah dan jejaka hebat Indonesia, Cakra Khan dan NOAH unggul dengan beberapa trofi pada malam semalam. Siti Nurhaliza meneruskan rentak kejuaraan dan masih berbisa apabila menawan 2 trofi daripada 3 pencalonan dan menang menerusi lagu LEBIH INDAH bagi kategori Artis Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Malaysia). Taufik Batisah unggul dengan 3 trofi apabila menang bagi kategori Lagu Paling Popular (Singapura), Artis Paling Popular (Singapura) dan Ikon Media Sosial. Bagi Cakra Khan pula, beliau membawa pulang 2 trofi menerusi kategori Lagu Terbaik (Indonesia) dan Lagu Terbaik APM. Noah tidak kurang hebatnya apabila turut membawa pulang 2 trofi bagi Band Terbaik dan Artis Paling Popular APM.

Antara pemenang lain adalah ;
Fynn Jamal (Artis Baru Terbaik-Wanita)
Tulus (Artis Baru Terbaik-Lelaki)
Khareez Kasbullah (Nova Media Sosial)
Fatin Shidqia Lubis (Lagu Paling Popular APM)
Hafiz & Rossa (Duo/Kumpulan Terbaik)
Altimet & Awi Rafael (Kolaborasi Terbaik)
Aisyah Aziz (Kolaborasi Terbaik-Lagu)
Judika (Artis Terbaik-Lelaki)
Sufie Rashid (Lagu Terbaik Singapura)
Wings (Anugerah Khas Planet Muzik)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...