Thursday, 23 October 2014

SITI NURHALIZA Mendominasi Pencalonan AIM21




Semalam berlangsungnya pengumuman TOP5 bagi semua kategori dalam Anugerah Industri Muzik 2014 yang bakal berlangsung penghujung tahun ini. Selepas dilihat kepada semua calon-calon yang bertanding tersebut, dapat dilihat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengungguli senarai pencalonan pada AIM 2014 kali ini dengan 8 pencalonan.

Karya yang dipertaruhkan olehnya, Fragmen dan album Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia nampaknya berhasil apabila kedua-dua album tersebut berjaya tersenarai antara 5 terbaik bagi kategori yang dipertandingkan. Single pertama dari album Fragmen, Lebih Indah menerima 2 pencalonan iaitu bagi Vokal Wanita Terbaik Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Selain itu, single kedua bagi album yang sama, Jaga Dia Untukku juga turut tercalon bagi kategori Lagu Pop Terbaik dan bakal ditentang hebat oleh Alyah menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa dan Alif Satar yang tampil dengan 2 pencalonan bagi kategori ini.

Menerusi album Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia, Siti tercalon bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu Popaleh Weh dan Rakaman Album Terbaik. Mengikut jejak Siti di belakang ialah Joe Flizzow dengan 6 pencalonan. AIM 21 ini akan diadakan pada 6 Disember 2014 di PWTC. Senarai TOP5 boleh rujuk page rasmi Anugerah Industri Muzik.

ARTIS BARU TERBAIK
1.       AZMARUL AZUAN
2.      FAKHRUL RAZI
3.      POOVA
4.      RUSSEL CURTIS PROJECT
5.      SONAONE

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI)
1.       AHMAD AHMAD (DAH)
2.      AKIM AHMAD (MEWANGI)
3.      FAIZUL SANY (PEREMPUAN)
4.      KROLL (RUANG HATI)
5.      RIZ ZAIZIZI (SEMPURNAKANLAH AKU DAN DIA)

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA)
1.       LIZA HANIM (EGOISMU)
2.      ADIRA (HILANG)
3.      POOVA (JUST ANOTHER DAY)
4.      DATO’ SITI NURHALIZA (LEBIH INDAH)
5.      SHILA AMZAH (MASIH AKU CINTA)

PERSEMBAHAN VOKAL DALAM LAGU (BERKUMPULAN)
1.       HANI & ZUE (BIAR)
2.      FORTEEN (DIKAU SAJA)
3.      AZHAEL (HUJUNG WAKTU)
4.      TIGA (PENGAKUAN)
5.      SUWARA (RACUN TERMANIS)

PERSEMBAHAN VOKAL DUO/BERKUMPULAN TERBAIK
1.       ADIBAH NOOR & NIZAM (BAHASA RINDU)
2.      ILA DAMIA FEAT JOE FLIZZOW (DI SEBALIK)
3.      ZARUL & MARSHA (SATU RASA)
4.      NORA FEAT MOSYI, ALIF & PUTRI (SELAMANYA BAHAGIA)
5.      SLEEQ & JOE FLIZZOW (TEPI SIKIT)

KULIT ALBUM TERBAIK
1.       #1 (STACY)
2.      DEWI CINTA (ADIRA)
3.      FRAGMEN (DATO’ SITI NURHALIZA)
4.      HAVOC (JOE FLIZZOW)
5.      LEGASI (AIZAT AMDAN)

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1.       FRAGMEN (DATO’ SITI NURHALIZA)
2.      HELLO INDIA (SASI THE DON)
3.      HIKAYAT PERAWAN MAJNUN (THE VENPPIAN SOLITUDE)
4.      KONSERT LENTERA TIMUR DATO’ SITI NURHALIZA BERSAMA ORKESTRA TRANDISIONAL MALAYSIA (DATO’ SITI NURHALIZA)
5.      SHILA AMZAH (SHILA AMZAH)

VIDEO MUZIK TERBAIK
1.       APA KHABAR (JOE FLIZZOW FEAT SONAONE
2.      FALLING (YUNA)
3.      HELLO (ALTIMET FEAT THE TRISNO TRIO)
4.      TAK MAU DUSTA DUSTA (KLANGIT)
5.      THE ROJAK UTA : STAMPEDE (THE VENEPIAN SOLITUDE)

LAGU POP ETNIK TERBAIK
1.       AKAR KITA ZAPIN (IHAB ISMAIL)
2.      KALIMAH LEBARAN (NORANIZA IDRIS, AZMIR ARIF RAZIS ISMAIL)
3.      POPALEH WEH (DATO’ SITI NURHALIZA)
4.      PUNCAK GAPURA (IHAB ISMAIL FEAT AHMAD FEDTRI YAHYA)
5.      ZAPIN SELOKA KASIH (FAUZIAH SUHAILI)

LAGU NASYID TERBAIK
1.       ANDA ESOK (AKHIL HAYY)
2.      INSAN (ALIF)
3.      RINDU ALLAH SAYANG ALLAH (R.A.S.A) (IWAN SYAHMAN & IWAN JUNIOR)
4.      SATU KALIMAH (DAMAI & FRIENDS)
5.      SELAMANYA BAHAGIA (NORA FEAT MOSYI & PUTRI)

LAGU ROCK TERBAIK
1.       AMAT MUDAH UNTUK HANYUT DIBAWA ARUS (S.O.G)
2.      AYAT PENYENGAT (SPIDER)
3.      JIWA (DRAMA BAND)
4.      RENTAK LAGUKU (BUNKFACE FEAT AMY SEARCH)
5.      ROMANCINTA (MOJO)

LAGU POP TERBAIK
1.       JAGA DIA UNTUKKU (DATO’ SITI NURHALIZA)
2.      KERNA DIA (ALIF SATAR)
3.      KESEMPATAN KEDUA (ALIF SATAR)
4.      SESAL SEPARUH NYAWA (ALYAH)
5.      TULUS (SHILA AMZAH)

LAGU HIP HOP TERBAIK
1.       APA KHABAR (JOE FLIZZOW FEAT SONAONE)
2.      HAVOC (JOE FLIZZOW FEAT ALTIMET & SONAONE)
3.      HELLO (ALTIMET FEAT THE TRISNO TRIO)
4.      KERANA (HAIZA FEAT FILSUF)
5.      TEPI SIKIT (SLEEQ & JOE FLIZZOW)

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1.       FAKETOWN (POOVA)
2.      FIRE ( NADHIRA FEAT DAVID COOK)
3.      FLOWERS (RAZLAN SHAH FEAT ONE NIGHT SERVICE)
4.      NO MORE (SONAONE)
5.      SONS (RUSSEL CURTIS PROJECT)

LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
1.       APAKAH INI CINTA (JUDIKA)
2.      BERTUBI-TUBI (KRI DAYANTI)
3.      SALAHKAH (ROSSA & HAFIZ)
4.      SUMPAH CINTA DAN MATIKU (NIDJI)
5.      TEROESIR (NIDJI)

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
1.       KAYANGAN (HYPER ACT)
2.      MAHLIGAI KAYANGAN (SALAMIAH HASSAN)
3.      LEBIH INDAH (DATO’ SITI NURHALIZA)
4.      TENANGKAN (THE VENOPIAN SOLITUDE)
5.      TOKAN (WARIS FEAT FIQ)

ALBUM TERBAIK
1.       #1 (STACY)
2.      AKU (SALAMIAH HASSAN)
3.      FRAGMEN (DATO’ SITI NURHALIZA)
4.      MENAKLUK KOSMOS (WINGS)
5.      SHILA AMZAH (SHILA AMZAH)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...