Thursday 21 May 2015

DJOKOVIC, SHARAPOVA Menang Terbuka Rome


KREDIT FOTO ZIMBIO

Bangkit dari kekalahan pada set pertama, pilihan ketiga kejohanan – MARIA SHARAPOVA membuktikan beliau bukan pencabar yang mudah mengalah. Walaupun tewas 4-6 pada set pertama ke atas pemain Sepanyol yang juga pemain No.10 dunia- CARLA SUAREZ NAVARRO, Maria meneruskan kemaraan untuk menjuarai kejuaraan kedua bagi musim 2015 dengan kemenangan 4-6 7-5 6-1 dalam masa lebih 2jam.

Kedua-dua pemain mempamerkan aksi bertenaga pada awal set sebelum Navarro mematahkan breaks keatas Sharapova sebelum memenangi set pertama. Pada set kedua, walaupun pada awalnya memihak kepada Sharapova dengan mendahului 3-1, Navarro yang menewaskan Simona Halep pada aksi separuh akhir mengikat kedudukan sama sehingga 5-5 sebelum Sharapova mengawal rentak perlawanan dan bawa ke 7-5. Di set akhir, Sharapova hanya memberi peluang 1 game sahaja kepada Navarro sebelum melengkapkan mahkota kejuaraan di Rome sebanyak 3 kejuaraan. Bukan itu sahaja, dengan kemenangan tersebut, Maria melonjak satu anak tangga ke #2 dunia di belakang Serena Williams.

Pada aksi perseorang lelaki, pemain #1 dunia, NOVAK DJOKOVIC tepati ramalan menjuarai Terbuka Rome 2015 selepas membenam pemain legenda, ROGER FEDERER dengan keputusan 6-4 6-3. Djokovic meneruskan kecemerlangan pada musim ini dengan memenangi 4 dari 5 ATP Master 1000 (kecuali Madrid). Kini, beliau kelihatan sangat sudah bersedia untuk memulakan kempen pada kejohanan Grand Slam kedua musim ini di Roland Garros.

2 comments:

  1. hai Dominasi Lelaki..
    lama x singgah sini...hehee..

    ReplyDelete
  2. hai Nadzim Bakri. ya la kan, lama dah x singgah sini. semoga sihat ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...