Thursday 7 May 2015

Permatang Pauh Kekal Milik PKR, Wan Azizah Menang dengan Majoriti 8,841 Undi


Dr Wan Azizah kini menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kredit foto dari Page Dr Wan Azizah Wan Ismail

Segalanya sudah terjawab. Kini kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sudah terisi. Tahniah diucapkan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Dr Wan Azizah bt Wan Ismail diangkat menjadi ahli parlimen Permatang Pauh selepas menewaskan 3 calon lain iaitu Suhaimi Sabudin dari Barisan Nasional (BN), Salleh Isahak dari BEBAS dan Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Wan Azizah telah menerima undian sebanyak 30,316 undi meninggalkan calon BN dengan 21,475 undi. Calon BEBAS menerima 367 dan PRM pula menerima undian sebanyak 101 undi. PKR memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi. Pada pengundian kali ini memperlihat peratusan keluar mengundi merosot dari 88% pada tahun 2013 kepada 73% sahaja pada PRK kali ini. Jumlah pengundi yang berdaftar di P.44 Permatang Pauh adalah seramai 71,699 orang. Sejak tahun 2008, ini kali pertama dalam pilihanraya di Permatang Pauh memperlihat pertembungan 4 penjuru diantara PKR-BN-BEBAS-PRM.

Kini secara rasmi Datuk Seri Dr Wan Azizah bt Wan Ismail merupakan ahli parlimen bagi Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kajang.

Keputusan Penuh
PKR – 30,316
BN – 21,475
BEBAS – 367
PRM – 101
Majoriti – 8,841

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...