Monday 4 May 2015

PRETTY GIRLS - Duet Britney Spears-Iggy Azalea

kredit dayswithdestiny.com

Penyanyi antarabangsa yang pernah menjadi fenomena di zaman remajanya menerusi lagu Baby One More Time, Britney Spears hari ini tampil dengan single terbaru berjudul – PRETTY GILRS yang menampilkan Iggy Azalea. Lagu berdurasi  hampir 3 minit ini menggambarkan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Gimme More ini bakal tampil dengan album baru yang istimewa tidak lama lagi.

Dapat dilihat, peminat setia Britney tidak sabar dengan kehadiran buah tangan terbaru ini. Lebih menarik lagi, klip video PRETTY GIRLS ini bakal dikeluarkan tidak lama lagi selepas ianya dijual secara rasmi di iTunes.

Album terakhir yang dilancarkan oleh Britney adalah Britney Jean iaitu pada tahun 2013. Single yang hits menerusi album tersebut adalah Work Bi**h, Perfume. DL bagi 9.8/10 untuk lagu ini. Pertama kali dengar sudah boleh layan.

Selain Britney, penyanyi Paris Hilton juga bakal tampil dengan single terbaru pada minggu ini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...