Tuesday 5 May 2015

Fattah Amin Tampil dengan Single Terbaru, HERO UNTUK MU




Memiliki raut wajah yang tampan dan tinggi lampai, ia ibarat satu kelebihan buat dirinya untuk kekal dalam industri ini. Tambahan pula, berbekalkan bakat yang digilap dan semakin menyinar, tidak hairanlah jejaka hangat masa kini Fattah Amin disebut-sebut dan sering menjadi pilihan pengarah drama di Malaysia. Kami di DL antara pemerhati Fattah bermula pada 2012 selepas dinobatkan sebagai Hero Remaja pada ketika itu, lakonan yang disampaikan oleh beliau ketika itu sedikit kaku. Walaupun dikritik sedemikian, beliau tidak patah semangat, malah menjadikannya sebagai cabaran untuk terus menjadi yang terbaik. 

  Kini, jejaka yang menerajui drama bersiri Cinta Ibadah itu sudah natural dengan watak yang dilakonkannya. Selain tampil sebagai watak utama dalam Cinta Ibadah yang kini bakal melabuhkan tirainya, beliau juga pernah mewarnai drama bersiri Bencinta ddan Playboy Itu Suami Aku di slot TV3.


Bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang lakonan, pemilik nama Fattah Amin juga kini tampil dengan single terbaru berjudul HERO UNTUK MU yang selamat secara rasmi dilancarkan pada awal Mac yang lalu. Lagu berdurasi sekitar 4 minit itu dicipta oleh Hadi Hassan dan lirik pula dihasilkan oleh J.Looi dan Adzhrin Azhar. Menariknya, single ini juga turut menampilkan RJ (rap) dan Sherry Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...