Thursday 28 May 2015

Soo Wincci Rangkul 3 Anugerah


FOTO dari FB dan IG rasmi milik Wincci

Bukan sahaja memiliki raut wajah yang menawan, bekas ratu cantik, penyanyi dan pelakon Soo Wincci membuktikan hasil titik peluh beliau selama ini terkesan. Baru-baru ini, pemegang gelaran Miss World Malaysia 2009 ini merangkul 3 trofi di Anugerah PWH Malaysia. Wincci membawa pulang trofi bagi kategori TOP10 BEST LOCAL SONG, BEST SONG ARRANGEMENT menerusi single Endless Happiness dan MEDIA CHOICE AWARDS
Tahniah kami ucapkan buat Wincci atas kejayaan membawa pulang 3 trofi tersebut.

Pada perkembangan lain, Wincci kini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama yang kemungkinan bakal ditayangkan pada Oktober tahun ini. Wincci juga antara selebriti tanah air yang sering berkongsi maklumat, gambar dan perkembangan karier beliau menerusi akaun rasmi Instagram dan Facebook miliknya. Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah tampil dengan album mini berbahasa Melayu, Su Win Si ini bakal hadir dengan filem terbarunya, Kau Yang Satu, sebuah karya yang diadaptasi dari sebuah novel bersama barisan pelakon hebat tanah air yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...