Saturday 16 May 2015

GLAM Lelaki Rai NEW GEN 2015, Konsep Lebih Santai




Berkonsepkan Coachella Cool yang sangat santai membuatkan majlis yang diterajui oleh majalah lelaki unggul di Malaysia, GLAM Lelaki iaitu GLAM Lelaki NEW GEN 2015  tampak sangat menarik. Bukan sahaja meraikan dan memperkenal 5 wajah NEW GEN 2015, majlis yang diadakan di rooftop Avenue K ini turut dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanah air dan individu berpengaruh dalam dunia fesyen. Antara yang turut hadir adalah Remy Ishak, Ryzal Jaafar, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Yana dan suami serta 5 wajah NEW GEN 2015 termasuk Fattah Amin, Sonaone, Asyraf Ali, Daniel Morres dan S.M Azrul S.M Nasimuddin.






KREDIT GAMBAR RASMI PAGE GLAM Lelaki
Meskipun berkonsepkan coachella cool yang sangat santai, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan persembahan yang sangat bertenaga, menghiburkan tetamu yang datang bermula sekitar jam 8 malam. Kebanyakan tetamu yang hadir mengikuti tema yang ditetapkan oleh penganjur.

Majlis kemuncak adalah dengan penampilan GLAM Lelaki NEW GEN 2015 seramai 5 orang yang terpilih oleh pembaca dalam posting yang dibuat oleh IG GLAM Lelaki tempoh hari. TOP10 pada peringkat awal menampilkan Fattah Amin, S.M Azrul S.M Nasimuddin, Asyraf Ali, Johan As’ari, Mark O’dea, Irfan Fandi, Sonaone, Daniel Morres, Sean Wong dan Akim Ahmad. Setelah pemilihan dan undian dikira, 5 NEW GEN 2015 yang terpilih adalah Fattah Amin, Sonaone, Asyraf Ali, Daniel Morres dan S.M Azrul S.M Nasimuddin – manakala Sonaone menjadi cover pada bulan Mei atas undian tertinggi.








Terima kasih GLAM Lelaki dan team atas jemputan ke majlis ini. Semoga terus maju!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...