Saturday 21 July 2012

Roti Bakar Tahun 1981 Bernilai RM1,131


Anda masih bertahan...?? hahahah...BERTAHANLAH..! sebentar lagi DL nak bercerita mengenai makanan..! kalau diamati, ia hanyalah sekeping roti sahaja tapi tahukah anda bahawa sekeping roti ini sangatlah BERNILAI..!


Berdasarkan artikel yang DL baca melalui akhbar KOSMO hari ini, sekeping roti bakar dilelong di Britain kelmarin & nilainya dianggarkan sekitar RM1,131 ( AS$359 ). Menariknya, roti bakar tersebut dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk waris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles, lapor Reuters.

Roti itu dipercayai tidak rosak disebabkan disimpan dalam bekas yang kedap pada udara. Pemilik roti tersebut sebelum ianya dilelong adalah Rosemarie Smith yang kini 83 tahun. Smith terfikir untuk menyimpan sekeping roti tersebut setelah melihat Putera Charles meninggalkan roti tersebut di koridor istana.

DOMINASI LELAKI : wahhh..! sangat menarik...! dengarnya lagi, sudah ada 2 pembida yang mahu membeli roti itu menerusi telefon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...