Thursday 17 January 2013

Khasiat BARLI



Minat barli..? tapi, tahukah anda apakah khasiat yang terkandung dalam barli itu sendiri..? jom kita baca sedikit artikel yang DOMINASI LELAKI temui melalui pembacaan baru-baru ini.

BARLI atau juga dikenali sebagai HORDEUM VULGARE( nama saintifik ), dikatakan bijirin pertama yang ditanam di negara timur tengah iaitu kira-kira 9000 tahun lalu & juga bijirin terpenting ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya pula boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan. Manakala keseluruhan tanaman tersebut boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. Barli ditanam daripada biji sehinggalah menjadi pokok setinggi kira-kira semeter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat makanan, protein & karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Barli juga dibahagikan kepada dua jenis serat iaitu serat boleh larut & tidak boleh larut.

Bijian barli amat kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting ( Vitamin B3 ), thiamine ( Vitamin B1 ), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Kajian secara klinikal di Kanada, Amerika Syarikat & Australia juga melaporkan bahawa serar daripada barli, efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Kesimpulannya, seperti sembelit, mencegah kanser, melawaskan kencing, melancarkan penghadaman boleh dikurangkan dengan pengambilan bijirin barli ini.

Sumber : olahan kembali dari MASKULIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...