Friday 18 January 2013

Cetusan Gabungan & Kerjasama Terulung CTFM & DOMINASI LELAKI



Pernahkah anda mendengar Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza..?? tahukah anda bahawa Radio CTFM ini TIDAK mempunyai frekuensi & hanya boleh didengari melalui atas talian ( online ). Akan tetapi pada masa kini dengan teknologi yang serba canggih, Radio CTFM boleh didengari melalui aplikasi android anda..! Sebelum berbicara lebih lanjut mengenai Radio CTFM ini, DL ingin memperkenal sedikit sebanyak latar belakang Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza ini.

Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza ini mula ditubuhkan secara rasminya pada 15 Jun 2009 oleh seorang peminat dari Singapura iaitu merangkap sebagai peneraju Radio CTFM ini juga iaitu Khyree Karim ( DJ Khy ). Segmen yang pertama di CTFM adalah segmen ‘Siti Situ Sana Sini’. Tambahan lagi, sekitar bulan Februari pada tahun 2010, tagline pilihan diangkat bagi menguatkan lagi jenama CTFM yang kian membangun ini, maka tercetuslah ‘Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza’ yang masih digunakan sehingga kini.

Kini, Radio CTFM sudah dikenali oleh penggemar DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza & sudah didengari tidak kira dimana peminatnya berada ( sekitar Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Italy, Ameria Syarikat, Belanda, Australia, Korea, Finland, Lithuania, Denmark, Mexico, Qatar & negara-negara lain ). Tahniah buat Radio CTFM ini, jika pada permulannya Radio CTFM ini kurang mempunyai slot-slot khas & kekurangan DJ, akan tetapi pada tahun 2012 sehingga kini, radio online yang kini meningkat naik mempunyai beberapa segmen & slot khas yang juga dikelolakan oleh dj-dj yang hebat yang keudara secara langsung buat pendengar Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza.

CTFM juga mempunyai team/pasukan yang serba boleh & hebat. ‘Perisa’ segmen-segmen yang menarik oleh dj-dj yang menepati citarasa pendengar amat sesuai dengan konsep CTFM. Antara segmen-segmen yang menarik dalam CTFM seperti ;

CARTA CTNUR11 ( Carta 20 Lagu Terbaik Siti Nurhaliza ) : oleh DJ Khy
The A Show : oleh DJ Apitz
Cahaya Cinta ( Bukan Sekadar Cinta Biasa ) : oleh DJ Nana
Sutramaya : oleh DJ Fauzan
Muzik Siti Nurhaliza : oleh DJ Rayza

Pada awal tahun 2013 ini, DL mempunyai idea ingin & mahu melebarkan pengaruh CTFM, pihak admin DOMINASI LELAKI menyatakan hasrat ingin bekerjasama melalui segmen khas iaitu Carta CTNUR11 yang dikelolakan oleh peneraju CTFM iaitu DJ Khyree. Alhamdulillah, permohonan tersebut disambut baik oleh pihak CTFM & secara rasminya laman rasmi DOMINASI LELAKI menjadi ‘rakan niaga’ bagi segmen Carta CTNUR11 bagi mengemaskini carta 20 lagu terhebat pilihan undian orang ramai di laman rasmi CTFM.

Semoga kerjasama terhebat ini tidaklah terhenti disini, laungan dua empayar ini diharapkan akan menjadi peneraju & medium terbaik penyampaian berita mengenai figura negara, Dato’ Siti Nurhaliza kepada para pendengar CTFM & pembaca DOMINASI LELAKI. Tahniah kepada semua tenaga CTFM, dj-dj yang hebat menjadi peneman setia kepada para pendengar CTFM seluruh dunia. Salam Rindu dari DOMINASI LELAKI.

layari : Radio CTFM untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...