Monday 4 February 2013

Amir Bin Abdullah Bin Jarrah Individu Kepercayaan Rasulullah


sekadar gambar hiasan

Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah dari suku Quraisy yang dihormati. Lelaki kelahiran kota Mekah ini digambarkan seorang yang bertubuh kurus, berwajah ceria, berwibawa tetapi amat pemalu dan merendah diri. Abu Ubaidah memeluk Islam selang sehari selepas Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Bersama-samanya ialah Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazun dan Arqam bin  Abu al-Arqam, lalu mereka dibawa oleh Abu Bakar bertemu Rasulullah untuk mengucapkan syahadah di hadapan baginda. Abu Ubaidah mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah. Pada Perang Badar memerangi orang kafir, Abu Ubaidah telah membunuh bapanya sendiri yang berada dalam pasukan musyrik. Beliau amat sedih kerana terpaksa membunuh bapanya sendiri & sehubungan dengan itu, Allah menurunkan surah Al-Mujadilah, ayat 22 untuk menghiburkan hati Abu Ubaidah.

Ketika perang Uhud yang menyaksikan kekalahan orang Islam, pasukan Muslimin kucar-kacir sehingga ramai yang lari meninggalkan medan tempur, Abu Ubaidah berlari menyelamatkan Rasulullah tanpa gentar. Beliau melihat pipi Rasulullah terluka ditusuk dua rantai besi penutup kepala, lalu berusaha mencabut rantai besi itu. Abu Ubaidah menggigit rantai itu dengan giginya. Rantai itu tercabut & gigi Abu Ubaidah juga patah. Abu Ubaidah tidak berputus asa lalu menggigit sebelah lagi rantai yang masih mencucuk Rasulullah dengan giginya. Kali ini sebatang lagi giginya patah, Rasulullah menggelarkan Abu Ubaidah ‘ Gagah & Jujur’.

Suatu ketika Rasulullah didatangi delegasi Kristian dari Najran yang meminta Rasulullah menghantar seorang sahabat yang dipercayai untuk menyelesaikan suatu persengketaan berkaitan harta benda yang didepani mereka. Ini kerana orang Islam pada padangan orang Kristian itu, adalah orang yang disenangi. Rasulullah bersetuju membantu mereka. Selepas solat Zuhur bersama para sahabat, Rasulullah berpaling ke kiri kana seperti mencari seseorang. Umar al-Khattab yang berada disitu berharap beliau akan terpilih tetapi akhirnya Rasulullah memanggil Abu Ubaidah al-Jarrah mengarahkan beliau berangkat bersama-sama delegasi berkenaan untuk menyelesaikan situasi mereka dengan adil.

Abu Ubaidah terkenal dengan sikap zuhudnya. Ketika Islam tersebar luas pada zaman pemerintahan Umar, Abu Ubaidah dipilih memimpin Syria. Ketika Umar menziarahi rumahnya, Umar hanya melihat pedang, perisai, dan pelana tunggangannya. Umar bertanya, “mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?” Jawab Abu Ubaidah, “wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah berada di Syam ketika wabak taun menyerang wilayah itu. Umar mengirim surat memanggil Abu Ubaidah balik tetapi dia keberatan. Sepucuk surat dikirimkan pada khalifah, yang berbunyi, “Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya saya tuan perlukan saya. Akan tetapi seperti tuan ketahui, saya berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannyaterhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, izinkanlah saya tinggal disini”

Umar menangis membaca perutusan itu & tahulah beliau bahawa Abu Ubaidah sudah hampir di ambang maut. Menjelang kematiannya, Abu Ubaidah sempat meninggalkan amat kepada anak buahnya, “Saya tinggalkan kalian sebuah pesan. Jika kalian terima, kalian akan baik, iaitu dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, menderma, tunaikan ibadah haji & umrah, sampaikan nasihat kepada pimpinan, jangan suka menipu, jangan terpesona dengan keduniaan, kerana betapa seorang melakukan seribu upaya, beliau pasti akan menemukan kematiannya seperti saya. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, oleh sebab itu, semua mereka pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.

Abu Ubaidah meninggal dunia pada tahu 18 Hijrah di Urdun, wilayah Syam dalam usia 58 tahun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom & Parsi. Tempatnya diambil alih oleh Muaz bin Jabal.

kredit : Maskulin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...